Wednesday, March 28, 2012

Dinar Emas Public Gold Mempunyai Spread Yang Rendah

Tahukah pembaca semua, dinar emas yang dijual oleh Public Gold mempunya nilai spread (beza harga beli dan jual balik) yang amat rendah. Ramai pembeli baru emas bertanya saya, apakah kriteria terpenting untuk menyimpan dan melabur emas di Malaysia. Yang saya boleh katakan ialah, antara yang paling penting ialah kadar spread yang rendah serta kedudukan syarikat penjual emas yang stabil.

Cuba kita lihat kadar spread dinar emas Public Gold :

1 Dinar : 5.92 %
2 Dinar : 5.99 %
5 Dinar : 5.51 %
10 Dinar : 4.99 %

Jika anda seorang dealer Public Gold pula, spreadnya menjadi lebih rendah (untuk Priority Dealer tolak lagi 1.5%, untuk normal dealer 1.0%).

Contoh : Seorang priority dealer akan dapat komisen 1% bila beli emas dan bila jual balik akan dapat komisen 0.5%. Jumlahnya 1.5%. Jadi jika dia beli dinar emas 10 Dinar contohnya, jumlah spread diperolehi ialah kira-kira 4.99-1.5 = 3.49%. Sangat Rendah !!

Bagi mereka yang ingin dapat keuntungan jangka pendek dari pelaburan emas caranya ialah dengan membeli ketika harga murah dan jual ketika harga tinggi. Selamat membeli emas !!