Monday, July 9, 2012

Harga Emas masih rendah USD 1587 - hampir sama dengan tahun lepas

Harga emas masih rendah. Jika dibandingkan dengan harga setahun lepas, hanya meningkat sekitar 2.8 % sahaja. Jangan terperanjat, jika ia kekal begini, sekitar bulan Ogos nanti, kenaikan harga tahunan boleh jadi negatif. Dengan kata lain, harga tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.

Perkara ini jarang terjadi. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27 % - 30 %. Kini, mungkin akan jadi negatif. Kesimpulannya tiada siapa boleh meneka bila harga emas akan naik, bila akan turun. Walaupun orang itu dikatakan pakar emas sekalipun. Hanya Allah SWT mengetahui.

Kerja kita, bila harga rendah-beli, bila dapat untung boleh jual atau boleh terus simpan. Pada pendapat saya harga sekarang masih rendah dan masih boleh beli. Nanti bila sudah dapat keuntungan sekitar 10 % dalam masa terdekat, boleh jual. Contohnya jika kita beli 10 dinar emas sekarang RM 7000, bila harga jual menjadi RM 7700, boleh jual. Dapatlah keuntungan RM 700. Banyak tu.

Bagi yang ada simpan emas, jika nak gunakan duit tetapi harga emas sedang rendah, boleh dipajakkan ke Public Gold (PSP) atau dengar cerita Pos Malaysia pun dah ada sistem ar-Rahnu. Bila dah ada duit nanti , tebus balik.