Wednesday, July 22, 2015

Harga Emas masih rendah sekarang

Harga emas hari ini masih rendah. Rasanya bagi yang ada duit lebih, inilah waktu yang agak sesuai membeli emas. Mungkin dalam sebulan dua bila harga naik kembali, boleh dijual jika kita inginkan keuntungan jangka pendek. Jika tidak tunggulah lagi setahun dua bila harga emas benar-benar naik.

 
Jika dilihat harga di atas, lebih kurang sama dengan harga pada 2 tahun lepas. Ini bermakna harga emas tidak begitu naik sejak 2,3 tahun lalu tidak seperti jangkaan awal dulu-dulu bahawa harga emas naik sekitar 25-30 % setahun.

Oleh kerana ini jugalah, saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca, jangan mudah terpengaruh jika ada yang menggalakkan kita menggunakan skim ar-Rahnu untuk meraih keuntungan. Iaitu, beli emas, pajakkan ke ar-Rahnu. Beli lagi menggunakan duit yang diperolehi dari ar-Rahnu. Pajak lagi dan selanjutnya ....

Praktis ini hanya sesuai jika harga emas naik konsisten seperti dulu-dulu. Tapi kini, harga emas tidak naik secara konsisten (volatile). Praktis seperti di atas tidak begitu sesuai diamalkan.

Bagi saya, yang terbaik , amalkan hadith Nabi S.A.W. seperti di atas. SIMPAN EMAS !!! Dapat ganjaran dunia dan akhirat, in sya Allah.