Wednesday, July 22, 2015

Harga Emas masih rendah sekarang

Harga emas hari ini masih rendah. Rasanya bagi yang ada duit lebih, inilah waktu yang agak sesuai membeli emas. Mungkin dalam sebulan dua bila harga naik kembali, boleh dijual jika kita inginkan keuntungan jangka pendek. Jika tidak tunggulah lagi setahun dua bila harga emas benar-benar naik.

 
Jika dilihat harga di atas, lebih kurang sama dengan harga pada 2 tahun lepas. Ini bermakna harga emas tidak begitu naik sejak 2,3 tahun lalu tidak seperti jangkaan awal dulu-dulu bahawa harga emas naik sekitar 25-30 % setahun.

Oleh kerana ini jugalah, saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca, jangan mudah terpengaruh jika ada yang menggalakkan kita menggunakan skim ar-Rahnu untuk meraih keuntungan. Iaitu, beli emas, pajakkan ke ar-Rahnu. Beli lagi menggunakan duit yang diperolehi dari ar-Rahnu. Pajak lagi dan selanjutnya ....

Praktis ini hanya sesuai jika harga emas naik konsisten seperti dulu-dulu. Tapi kini, harga emas tidak naik secara konsisten (volatile). Praktis seperti di atas tidak begitu sesuai diamalkan.

Bagi saya, yang terbaik , amalkan hadith Nabi S.A.W. seperti di atas. SIMPAN EMAS !!! Dapat ganjaran dunia dan akhirat, in sya Allah.

Sunday, June 23, 2013

Harga Emas Jatuh Lagi USD 1285

Harga emas jatuh lagi kerana ramai yang menjual emas ketika ini. Mungkin untuk sementara. Sila lihat di bawah :

 
Saya rasa sangat sesuai beli waktu ni. Mana tahu nanti naik boleh jual dan raih keuntungan segera. Tapi kalau makin turun lagi lepas ni nak buat macam mana. Itulah rezeki namanya.

Tuesday, June 4, 2013

Tahun 2013 Menyaksikan Harga Emas jatuh

Wah... lama betul saya tak menulis dalam blog ini.Maklumlah sibuk dengan tugasan seharian. Tapi yang mengujakan melihat pelawat semakin ramai hampir mencecah 30,000 pengunjung walaupun lama saya tidak update blog. Terima kasih kepada semua pengunjung.

Sebelum meneruskan cerita, mari kita lihat prestasi harga semasa emas di Public Gold :




Jika dilihat harga emas sangat murah malah lebih rendah daripada ketika saya mula-mula membeli 2 tahun lepas. Jika tanya pendapat saya, jika ada wang, eloklah membeli waktu ini. Jika sudah beli, simpan sajalah jika tidak memerlukan wang. Tunggu hingga harga naik. Saya lihat, kedai emas sekarang pun sentiasa ramai orang membeli barang kemas. Maklumlah harga tengah murah.

Bercakap tentang "spread" atau beza harga jual dan beli. Saya lihat setakat ini hanya Public Gold masih mengekalkan nilai spread. Jika dibandingkan dengan UOB Gold Account dan Kuwait Finance House Gold Account, mereka membesarkan nilai spread mereka di waktu harga emas jatuh sekarang ni. Ini strategi perniagaan mereka. Tiada salahnya. Terpulanglah kepada anda untuk memilih mana satu pilihan hati. Bagi saya emas di tangan lebih baik dan berkat jika niat kita untuk amalkan hadis Nabi SAW seperti tertera di atas blog saya.

Selamat membeli ! Jumpa lagi di lain artikel.


Wednesday, November 21, 2012

Public Gold can improve

Tengahari tadi di tengah-tengah kesibukan singgah di Pejabat Public Gold Kajang. Tiada pilihan itu saja yang paling hampir dengan Putrajaya. Hajat nak ambil borang "authorization" untuk beri kuasa kita ambilkan emas untuk orang lain. Malangnya tak kesampaian. Begini ceritanya.

Di zaman cyber ni, borang berkenaan perlu diambil di pejabat PG di mana kita nak ambil emas. Maknanya jika nak ambil di Kajang, borang tak boleh diambil di Senawang. Fuh payah juga tu. Imigresen pun tak macam tu. Selama ni saya pergi PG Senawang sewaktu PG Kajang belum buka. So borang lama tak laku.

Satu lagi parking amat payah di Kajang. Banyak2 tempat kenapa pilih di Sungai Chua?

Satu lagi yang lebih memayahkan, kena tunjuk IC baru dapat borang. Paling banyak ambil 5 borang pada satu masa. Apa significant nya? Tunjuk driving license pun tak laku. 5 sahaja ? Maknanya maksimum untuk 5 Sales Order sahaja.

Ditakdirkan, tadi IC saya tak bawa atas sebab-sebab tertentu. Dapat penat jelah.

Mohon Public Gold improve perkara ini dan buat mudahlah proses-proses yang boleh dipermudahkan. Jabatan2 Kerajaan pun sekarang ni ke arah e-government. Borang boleh download di website. Tak nampak sebab kenapa PG make it so difficult.

Sekadar pandangan ikhlas.....