http://en.wikipedia.org/wiki/Fiat_money
Fiat Money
Fiat money is money that has value only because of government regulation or law. The term derives from the Latin fiat, meaning "let it be done", as such money is established by government decree. Where fiat money is used as currency, the term fiat currency is used. Today, most national currencies are fiat currencies, including the US dollar, the euro, and all other reserve currencies, and have been since the Nixon Shock of 1971.
Di sini kita boleh lihat, Fiat Money atau kita boleh panggil duit kertas sebenarnya tidak ada nilai(value). Ia ada nilai hanya disebabkan undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah kerajaan. Jika tiada undang-undang ini, dia tidak lebih dari sehelai kertas yang dicetak. Anak kita pun boleh print wang kertas di printer colour kita dengan lebih cantik dan menarik.
Cuba kita tengok duit RM 50 contohnya, ada disebutkan 'WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI RM 50' dan ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara. Inilah yang menyebabkan kertas itu ada nilai sebanyak RM 50. Bukan kerana harga dakwat pencetaknya atau pun harga kertasnya bernilai RM 50.
Tidak seperti syiling atau jongkong emas. Ia tidak memerlukan undang-undang untuk menentukan nilainya. Ia tidak perlu tandatangan mana-mana governor. Ia tidak perlu sebenarnya cetakan-cetakan atau security code yang canggih-canggih untuk menentukan nilainya. Ia ada nilai dengan sendirinya kerana keadaan fizikalnya. Contohnya pada waktu ini nilai emas 1 ounce ialah USD 1363. Itulah kelebihan emas.
Kerana itu juga sistem matawang dulu-dulu semuanya disandarkan kepada rezab emas yang dimiliki oleh sesebuah negara hinggalah pada tahun 1971 disebabkan krisis kewangan yang teruk di Amerika oleh kerana Perang Vietnam, Presiden Amerika ketika itu Richard Nixon, telah mengubah sistem berkenaan di mana duit Amerika tidak lagi berdasarkan rezab emas yang dimiliki oleh mereka, malah diapungkan. Yang lebih malang, kebanyakan negara lain menyandarkan matawang dan hampir kesemua rezab negara mereka pada US Dolar. Inilah yang menyebabkan Amerika bebas mencetak wang mereka sewenang-wenangnya tetapi tidak negara lain.
No comments:
Post a Comment