Alhamdulillah emas naik semula selepas sekian lama berada di bawah paras RM 3100. Beruntung kawan saya yang beli pada bulan Januari lalu pada harga RM 2982 kerana harga 'We Buy' sekarang pun sudah hampir sama dengan harga beliau beli pada waktu itu. Atau dengan kata laian, belum sampai sebulan sudah hampir 'balik modal'.
Kenaikan kali ini dikatakan tertinggi sejak 4 minggu lalu dan dikaitkan dengan kebimbangan tentang situasi tegang di Asia Tengah. Tetapi bagi yang nak membeli jangan risau. Harga ini masih murah lagi berbanding harga tertinggi pada bulan Disember 2010 lalu iaitu sekitar RM 3230.
No comments:
Post a Comment