Monday, February 21, 2011

Harga Perak Naik Mendadak

Harga Perak naik secara mendadak , tertinggi sejak 31 tahun lalu dan 2 kali ganda lebih tinggi dari harga tahun lepas. Harga perak ketika ini ialah USD 33.94 seounce. Manakala harga perak di Malaysia adalah seperti berikut :-

Kenaikan ini menurut penganalisis disebabkan ketegangan di negara-negara Afrika Utara dan Asia Tengah. Bagi mereka yang beli perak pada bulan Januari lalu sekitar harga RM 1800 sudah boleh jana keuntungan dalam masa tidak sampai satu bulan walaupun 'spread' Public Gold agak tinggi iaitu 15%. Harga 'We Buy' sekarang ialah RM 1892.

Perak sentiasa dianggap sebagai 'emas orang kurang mampu' kerana harganya yang jauh lebih rendah daripada emas tetapi amat berharga. Jika kita analisa trend kenaikan harga perak, sebenarnya peratus kenaikan tahunan harga perak adalah jauh lebih tinggi dari emas. Tidak disangsikan lagi kebenaran Hadith Nabi Muhammad SAW yang menyuruh kita menyimpan dinar dan dirham. Pejam mata, tutup telinga, teruslah menyimpan emas dan perak dengan penuh keyakinan...

1 comment:

  1. Salam tuan,post ini amat berguna bagi saya.
    Saya hanya berusia 23 tahun,tetapi saya sgt minat dgn pelaburan perak berbanding dgn emas.jika ada rezeki,saya akan beli perak dgn secepat mungkin.Ini adalah artikel yg berguna.
    Terima kasih banyak2.

    ReplyDelete