Monday, February 7, 2011

Bagaimana Mengetahui Prestasi Emas

Semenjak dua menjak ni harga emas agak statik. Mungkin ramai penyimpan pun hold dulu untuk membeli ataupun menjual. Maklumlah kalau nak jual biar sewaktu harga tinggi tetapi sekarang harga tengah rendah. Manakala yang memang hendak membeli pula tengah tunggu harga jatuh lagi rendah. Jadi boleh dikatakan agak kurang sedikit aktiviti jual-beli emas pada waktu ini.

Mungkin ada yang kata rugi dulu beli waktu harga mahal tetapi sekarang harga murah dan macam tak naik-naik. Mana nak untung ? Tetapi ada satu cara sebenarnya untuk mengetahui prestasi emas harian, bulanan dan tahunan bagi mengetahui sama ada benarkah menyimpan emas ni sesuatu yang menguntungkan.

Cuba kita lihat kat website Kitco.com, terdapat jadual seperti di bawah :


Di sini kita boleh lihat, walaupun seolah-olah harga tidak naik-naik, kenaikan berbanding 1 tahun yang lepas ialah 27.04 %. Mana nak dapat pelaburan sebegini. Mungkin jika kita lihat bulan lepas ia merosot sebanyak 2.02 %, tetapi jika kita berterusan memantau prestasi tahunan, ia mengekalkan prestasi kenaikan positif yang amat memberangsangkan. Seperti kita biasa dengar pakar-pakar emas kata, pelaburan emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang (1 tahun ke atas).

Oleh itu, teruskanlah menyimpan emas selagi termampu !!!

No comments:

Post a Comment