Thursday, December 29, 2011

Emas PG boleh bayar 4 kali

Untuk memudahkan pembeli emas membeli terutamanya jika harga emas terlalu mahal, Public Gold memperkenalkan sistem pembayaran 4 kali installment dipanggil sistem EPP (Easy Payment Plan). Pembelian cara ini dikenakan caj perkhidmatan sekali sahaja sebanyak 0.5 % dari kadar harga emas yang dibeli. Contohnya jika beli emas harga RM 4000, boleh bayar bulanan sebanyak RM 1000 setiap bulan. Caj perkhidmatan sebanyak RM 20 perlu dibayar pada installment pertama. Bermakna, untuk installment pertama, pembeli perlu bayar RM 1020. Amat mudah.

Emas akan diperolehi setelah pembayaran sepenuhnya dibuat.

Tuesday, December 27, 2011

Public Gold juga ada sistem Pajakan dipanggil PSP

Sejak beberapa bulan lalu, penyimpan emas dikejutkan dengan berita Agro Bank tidak lagi menerima pajakan ar-Rahnu untuk gold bar / coin. Ini agak menyukarkan sesetengah penyimpan yang ingin memakai wang jika berlaku sesuatu keperluan mendesak.




Bagaimanapun, baru-baru ini Public Gold telah memperkenalkan sistem yang lebih kurang sama dengan sistem ar-Rahnu Agro Bank. Sistemnya dipanggil Public Safe Program (PSP). Kadar upahnya seperti berikut :-

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 14.77% setahun.

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.

Tuesday, December 20, 2011

Klip video tentang emas

Di bawah ini adalah klip video menarik tentang emas. Banyak lagi video-video yang boleh ditonton di column kanan blog saya ini. Selamat menonton !!!

Wednesday, December 14, 2011

Emas turun lagi USD 1569

Harga emas turun lagi dengan betul-betul rendah. Lebih rendah dari harga beberapa bulan yang lalu. Masa yang amat-amat sesuai untuk lock harga atau membeli emas dan kemudian jual waktu harga tinggi.





Harga emas turun menjunam USD 1627

Tanpa disangka-sangka, harga emas turun menjunam selepas menikmati kenaikan sementara beberapa minggu lalu. Penganalisa berkata walaupun harga turun, pembelian agak perlahan. Ini disebabkan kekuatan US Dollar menyebabkan harga dilihat tidak begitu menarik di mata pembeli di Asia.

Wbp, bagi yang ingin membeli, inilah masanya yang paling sesuai ketika ini. Jangan tunggu lagi. Bagi yang nak menjual emas simpanan mereka, tangguhkan dahulu. Tunggu hingga harga naik kembali.

Kenaikan tahunan amat rendah iaitu 16.6 %. jauh lebih rendah dari kenaikan tahunan purata iaitu sekitar 27-30% setahun.