Lama tidak posting. Kerana kesibukan kerja. Dua hari lepas, saya menghadiri Seminar Emas anjuran Public Gold disampaikan oleh Encik Faizan Dasuki. Banyak juga yang dipelajari. Malam ni ingin cuba ke Senawang dengar taklimat pelaburan emas oleh Puan Azizah Hassan @ Mama.
Sekarang ni, saya cuba nak attend sebanyak mana taklimat mengenai emas yang disediakan oleh Public Gold untuk mendalami ilmu mengenai emas. Mana tahu boleh guna untuk diri sendiri dan share dengan kawan2 lain.
Antara yang baru dipelajari ialah, emas ni trend nya sentiasa naik. Tapi bukan harga sentiasa naik. Harga turun dan naik. Jadi kena belajar tengok-tengok graf kenaikan emas untuk bantu kita bila masa nak menjual, bila masa nak membeli. Boleh tengok laman web Encik Faizan Dasuki untuk maklumat lanjut.
Lagi yang diberitahu kebaikan membeli Public Gold berbanding pesaing lain. Harga Public Gold berubah 24 jam setiap 20 minit berbanding Akaun Emas yang berubah 1 atau 2 kali sehari. Jadi kita boleh lock harga Public Gold bila2 masa sama ada kita nak membeli atau nak menjual. Ketika harga naik, kita boleh lock untuk jual. Ketika harga turun, kita boleh lock untuk beli.
Ada juga penganalisa berpendapat, selepas Obama menang ni harga emas akan naik kerana Obama dijangka akan terus dengan langkah Economic Stimulus atau rangsangan ekonomi iaitu dengan mencetak wang kertas US Dollar. Ini akan merendahkan nilai USD dan lantas harga emas akan naik. Allah sahaja yang mengetahui sebenarnya. Hakikatnya tiada manusia di dunia ni yang boleh menjangka dengan tepat turun naik harga emas.
Sekian, jumpa lagi.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Wednesday, November 7, 2012
Monday, July 9, 2012
Harga Emas masih rendah USD 1587 - hampir sama dengan tahun lepas
Harga emas masih rendah. Jika dibandingkan dengan harga setahun lepas, hanya meningkat sekitar 2.8 % sahaja. Jangan terperanjat, jika ia kekal begini, sekitar bulan Ogos nanti, kenaikan harga tahunan boleh jadi negatif. Dengan kata lain, harga tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.
Perkara ini jarang terjadi. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27 % - 30 %. Kini, mungkin akan jadi negatif. Kesimpulannya tiada siapa boleh meneka bila harga emas akan naik, bila akan turun. Walaupun orang itu dikatakan pakar emas sekalipun. Hanya Allah SWT mengetahui.
Kerja kita, bila harga rendah-beli, bila dapat untung boleh jual atau boleh terus simpan. Pada pendapat saya harga sekarang masih rendah dan masih boleh beli. Nanti bila sudah dapat keuntungan sekitar 10 % dalam masa terdekat, boleh jual. Contohnya jika kita beli 10 dinar emas sekarang RM 7000, bila harga jual menjadi RM 7700, boleh jual. Dapatlah keuntungan RM 700. Banyak tu.
Bagi yang ada simpan emas, jika nak gunakan duit tetapi harga emas sedang rendah, boleh dipajakkan ke Public Gold (PSP) atau dengar cerita Pos Malaysia pun dah ada sistem ar-Rahnu. Bila dah ada duit nanti , tebus balik.

Tuesday, May 8, 2012
Harga Emas Jatuh Lagi USD 1626 - Elok Beli !
Harga Emas jatuh kembali . Agak teruk juga. Ditambah dengan faktor Ringgit lebih kukuh berbanding US Dollar. Kebaikannya - bagi mereka yang memang merancang nak beli emas, waktu ni paling sesuai. Saya tidak pernah jumpa harga kenaikan tahunan cuma 8.72 % !!! Sangat rendah. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27-30%. Jika ada yang dapat beli waktu ni, bila kenaikan tahunan jadi 30%, ke atas pasti boleh jual dan dapat keuntungan yang besar.
Ada juga yang baru dapat bonus beli barang kemas atau jongkong. Ini satu tindakan bijak.
Ada juga yang baru dapat bonus beli barang kemas atau jongkong. Ini satu tindakan bijak.
Wednesday, April 4, 2012
Harga Sedang Durian Runtuh Sekarang USD 1623
Harga sedang turun dengan mendadak sekali. Bagi yang memang berhajat nak membeli emas dan ada duit lebih, dirasakan inilah waktu paling sesuai sekali. Harga mungkin turun lagi. Ada yang menjangka kemungkinan di bawah USD 1600 tetapi bagi saya harga sekarang pun sudah cukup rendah. Cuba lihat table Public Gold dan Kitco di bawah :
Kenaikan tahunan cuma 13 %. Sangat rendah. Biasanya kenaikan tahunan ialah sekitar 27% - 30 %. Bagi yang layman2 macam kita ni, kalau nak tahu bila masa yang sesuai beli emas bolehlah tengok table kitco di atas. Jika kenaikan melebihi 30% setahun, elok menjual emas. Jika kenaikan kurang 20% setahun, elok membeli. Kalau duit belum cukup banyak, boleh membeli secara EPP (easy payment plan) iaitu bayar ansuran selama 4 bulan. Selepas 4 bulan silap2 harga naik balik sudah boleh jual dan jana keuntungan.
Jadi tunggu apa lagi !
Subscribe to:
Posts (Atom)