Tuesday, June 4, 2013

Tahun 2013 Menyaksikan Harga Emas jatuh

Wah... lama betul saya tak menulis dalam blog ini.Maklumlah sibuk dengan tugasan seharian. Tapi yang mengujakan melihat pelawat semakin ramai hampir mencecah 30,000 pengunjung walaupun lama saya tidak update blog. Terima kasih kepada semua pengunjung.

Sebelum meneruskan cerita, mari kita lihat prestasi harga semasa emas di Public Gold :




Jika dilihat harga emas sangat murah malah lebih rendah daripada ketika saya mula-mula membeli 2 tahun lepas. Jika tanya pendapat saya, jika ada wang, eloklah membeli waktu ini. Jika sudah beli, simpan sajalah jika tidak memerlukan wang. Tunggu hingga harga naik. Saya lihat, kedai emas sekarang pun sentiasa ramai orang membeli barang kemas. Maklumlah harga tengah murah.

Bercakap tentang "spread" atau beza harga jual dan beli. Saya lihat setakat ini hanya Public Gold masih mengekalkan nilai spread. Jika dibandingkan dengan UOB Gold Account dan Kuwait Finance House Gold Account, mereka membesarkan nilai spread mereka di waktu harga emas jatuh sekarang ni. Ini strategi perniagaan mereka. Tiada salahnya. Terpulanglah kepada anda untuk memilih mana satu pilihan hati. Bagi saya emas di tangan lebih baik dan berkat jika niat kita untuk amalkan hadis Nabi SAW seperti tertera di atas blog saya.

Selamat membeli ! Jumpa lagi di lain artikel.


Wednesday, November 21, 2012

Public Gold can improve

Tengahari tadi di tengah-tengah kesibukan singgah di Pejabat Public Gold Kajang. Tiada pilihan itu saja yang paling hampir dengan Putrajaya. Hajat nak ambil borang "authorization" untuk beri kuasa kita ambilkan emas untuk orang lain. Malangnya tak kesampaian. Begini ceritanya.

Di zaman cyber ni, borang berkenaan perlu diambil di pejabat PG di mana kita nak ambil emas. Maknanya jika nak ambil di Kajang, borang tak boleh diambil di Senawang. Fuh payah juga tu. Imigresen pun tak macam tu. Selama ni saya pergi PG Senawang sewaktu PG Kajang belum buka. So borang lama tak laku.

Satu lagi parking amat payah di Kajang. Banyak2 tempat kenapa pilih di Sungai Chua?

Satu lagi yang lebih memayahkan, kena tunjuk IC baru dapat borang. Paling banyak ambil 5 borang pada satu masa. Apa significant nya? Tunjuk driving license pun tak laku. 5 sahaja ? Maknanya maksimum untuk 5 Sales Order sahaja.

Ditakdirkan, tadi IC saya tak bawa atas sebab-sebab tertentu. Dapat penat jelah.

Mohon Public Gold improve perkara ini dan buat mudahlah proses-proses yang boleh dipermudahkan. Jabatan2 Kerajaan pun sekarang ni ke arah e-government. Borang boleh download di website. Tak nampak sebab kenapa PG make it so difficult.

Sekadar pandangan ikhlas.....



Wednesday, November 7, 2012

Emas masih rendah tapi mungkin akan naik

Lama tidak posting. Kerana kesibukan kerja. Dua hari lepas, saya menghadiri Seminar Emas anjuran Public Gold disampaikan oleh Encik Faizan Dasuki. Banyak juga yang dipelajari. Malam ni ingin cuba ke Senawang dengar taklimat pelaburan emas oleh Puan Azizah Hassan @ Mama.

Sekarang ni, saya cuba nak attend sebanyak mana taklimat mengenai emas yang disediakan oleh Public Gold untuk mendalami ilmu mengenai emas. Mana tahu boleh guna untuk diri sendiri dan share dengan kawan2 lain.

Antara yang baru dipelajari ialah, emas ni trend nya sentiasa naik. Tapi bukan harga sentiasa naik. Harga turun dan naik. Jadi kena belajar tengok-tengok graf kenaikan emas untuk bantu kita bila masa nak menjual, bila masa nak membeli. Boleh tengok laman web Encik Faizan Dasuki untuk maklumat lanjut.

Lagi yang diberitahu kebaikan membeli Public Gold berbanding pesaing lain. Harga Public Gold berubah 24 jam setiap 20 minit berbanding Akaun Emas yang berubah 1 atau 2 kali sehari. Jadi kita boleh lock harga Public Gold bila2 masa sama ada kita nak membeli atau nak menjual. Ketika harga naik, kita boleh lock untuk jual. Ketika harga turun, kita boleh lock untuk beli.

Ada juga penganalisa berpendapat, selepas Obama menang ni harga emas akan naik kerana Obama dijangka akan terus dengan langkah Economic Stimulus atau rangsangan ekonomi iaitu dengan mencetak wang kertas US Dollar. Ini akan merendahkan nilai USD dan lantas harga emas akan naik. Allah sahaja yang mengetahui sebenarnya. Hakikatnya tiada manusia di dunia ni yang boleh menjangka dengan tepat turun naik harga emas.

Sekian, jumpa lagi.



Monday, July 9, 2012

Harga Emas masih rendah USD 1587 - hampir sama dengan tahun lepas

Harga emas masih rendah. Jika dibandingkan dengan harga setahun lepas, hanya meningkat sekitar 2.8 % sahaja. Jangan terperanjat, jika ia kekal begini, sekitar bulan Ogos nanti, kenaikan harga tahunan boleh jadi negatif. Dengan kata lain, harga tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.

Perkara ini jarang terjadi. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27 % - 30 %. Kini, mungkin akan jadi negatif. Kesimpulannya tiada siapa boleh meneka bila harga emas akan naik, bila akan turun. Walaupun orang itu dikatakan pakar emas sekalipun. Hanya Allah SWT mengetahui.

Kerja kita, bila harga rendah-beli, bila dapat untung boleh jual atau boleh terus simpan. Pada pendapat saya harga sekarang masih rendah dan masih boleh beli. Nanti bila sudah dapat keuntungan sekitar 10 % dalam masa terdekat, boleh jual. Contohnya jika kita beli 10 dinar emas sekarang RM 7000, bila harga jual menjadi RM 7700, boleh jual. Dapatlah keuntungan RM 700. Banyak tu.

Bagi yang ada simpan emas, jika nak gunakan duit tetapi harga emas sedang rendah, boleh dipajakkan ke Public Gold (PSP) atau dengar cerita Pos Malaysia pun dah ada sistem ar-Rahnu. Bila dah ada duit nanti , tebus balik.