Wednesday, January 11, 2012

Harga Emas Naik Kembali USD 1643

Harga emas naik kembali setelah jatuh teruk pada Disember 2011 lalu. Walaubagaimanapun masih jauh lebih rendah daripada kenaikan tertinggi pada September 2011 iaitu sekitar USD 1900. Bagi mereka yang beli emas pada Disember 2011 lalu, sekarang sudah balik modal dan untuk dealer pula kerana ada komisyen, sudah untung. Maka jomlah jadi dealer.

Saya nak ambil kesempatan untuk memuji Public Gold kerana sejak akhir2 ni banyak perkara dibuat untuk kemudahan pembeli. Contohnya yang paling saya suka, menambahkan branch Public Gold. Tadi saya ke pejabat PG di Senawang. Tiada orang. Bestnya. Jauh sekali berbanding di Sunway. Dengar cerita tak lama lagi akan buka cawangan di Kajang dan Ampang. Bertuah orang-orang belah Putrajaya dan Kajang.

Lagi tindakan yang saya suka ialah kemudahan pembayaran EPP sebanyak 4 kali dengan caj perkhidmatan hanya 0.5 %. Ini memudahkan pembeli yang ingin mendapatkan keuntungan jangka pendek. Selepas 4 bulan, harga naik, boleh jual kembali dan meraih keuntungan.

Juga tindakan mengadakan sistem PSP, seakan-akan pajakan ar-Rahnu. membolehkan kita rolling simpanan emas sedia ada dan tebus kembali jika sudah mendapat keuntungan. WBP ingatan saya, jangan sampai tiada wang untuk tebus kembali. Kita nanti yang rugi.

So apa lagi, masih boleh beli sekarang kerana kenaikan tahunan masih rendah iaitu 18%. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27-30%. Dengar cerita lepas raya Cina harga mungkin naik. Wallahu aklam.



No comments:

Post a Comment