Wednesday, July 22, 2015

Harga Emas masih rendah sekarang

Harga emas hari ini masih rendah. Rasanya bagi yang ada duit lebih, inilah waktu yang agak sesuai membeli emas. Mungkin dalam sebulan dua bila harga naik kembali, boleh dijual jika kita inginkan keuntungan jangka pendek. Jika tidak tunggulah lagi setahun dua bila harga emas benar-benar naik.

 
Jika dilihat harga di atas, lebih kurang sama dengan harga pada 2 tahun lepas. Ini bermakna harga emas tidak begitu naik sejak 2,3 tahun lalu tidak seperti jangkaan awal dulu-dulu bahawa harga emas naik sekitar 25-30 % setahun.

Oleh kerana ini jugalah, saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca, jangan mudah terpengaruh jika ada yang menggalakkan kita menggunakan skim ar-Rahnu untuk meraih keuntungan. Iaitu, beli emas, pajakkan ke ar-Rahnu. Beli lagi menggunakan duit yang diperolehi dari ar-Rahnu. Pajak lagi dan selanjutnya ....

Praktis ini hanya sesuai jika harga emas naik konsisten seperti dulu-dulu. Tapi kini, harga emas tidak naik secara konsisten (volatile). Praktis seperti di atas tidak begitu sesuai diamalkan.

Bagi saya, yang terbaik , amalkan hadith Nabi S.A.W. seperti di atas. SIMPAN EMAS !!! Dapat ganjaran dunia dan akhirat, in sya Allah.

Sunday, June 23, 2013

Harga Emas Jatuh Lagi USD 1285

Harga emas jatuh lagi kerana ramai yang menjual emas ketika ini. Mungkin untuk sementara. Sila lihat di bawah :

 
Saya rasa sangat sesuai beli waktu ni. Mana tahu nanti naik boleh jual dan raih keuntungan segera. Tapi kalau makin turun lagi lepas ni nak buat macam mana. Itulah rezeki namanya.

Tuesday, June 4, 2013

Tahun 2013 Menyaksikan Harga Emas jatuh

Wah... lama betul saya tak menulis dalam blog ini.Maklumlah sibuk dengan tugasan seharian. Tapi yang mengujakan melihat pelawat semakin ramai hampir mencecah 30,000 pengunjung walaupun lama saya tidak update blog. Terima kasih kepada semua pengunjung.

Sebelum meneruskan cerita, mari kita lihat prestasi harga semasa emas di Public Gold :




Jika dilihat harga emas sangat murah malah lebih rendah daripada ketika saya mula-mula membeli 2 tahun lepas. Jika tanya pendapat saya, jika ada wang, eloklah membeli waktu ini. Jika sudah beli, simpan sajalah jika tidak memerlukan wang. Tunggu hingga harga naik. Saya lihat, kedai emas sekarang pun sentiasa ramai orang membeli barang kemas. Maklumlah harga tengah murah.

Bercakap tentang "spread" atau beza harga jual dan beli. Saya lihat setakat ini hanya Public Gold masih mengekalkan nilai spread. Jika dibandingkan dengan UOB Gold Account dan Kuwait Finance House Gold Account, mereka membesarkan nilai spread mereka di waktu harga emas jatuh sekarang ni. Ini strategi perniagaan mereka. Tiada salahnya. Terpulanglah kepada anda untuk memilih mana satu pilihan hati. Bagi saya emas di tangan lebih baik dan berkat jika niat kita untuk amalkan hadis Nabi SAW seperti tertera di atas blog saya.

Selamat membeli ! Jumpa lagi di lain artikel.


Wednesday, November 21, 2012

Public Gold can improve

Tengahari tadi di tengah-tengah kesibukan singgah di Pejabat Public Gold Kajang. Tiada pilihan itu saja yang paling hampir dengan Putrajaya. Hajat nak ambil borang "authorization" untuk beri kuasa kita ambilkan emas untuk orang lain. Malangnya tak kesampaian. Begini ceritanya.

Di zaman cyber ni, borang berkenaan perlu diambil di pejabat PG di mana kita nak ambil emas. Maknanya jika nak ambil di Kajang, borang tak boleh diambil di Senawang. Fuh payah juga tu. Imigresen pun tak macam tu. Selama ni saya pergi PG Senawang sewaktu PG Kajang belum buka. So borang lama tak laku.

Satu lagi parking amat payah di Kajang. Banyak2 tempat kenapa pilih di Sungai Chua?

Satu lagi yang lebih memayahkan, kena tunjuk IC baru dapat borang. Paling banyak ambil 5 borang pada satu masa. Apa significant nya? Tunjuk driving license pun tak laku. 5 sahaja ? Maknanya maksimum untuk 5 Sales Order sahaja.

Ditakdirkan, tadi IC saya tak bawa atas sebab-sebab tertentu. Dapat penat jelah.

Mohon Public Gold improve perkara ini dan buat mudahlah proses-proses yang boleh dipermudahkan. Jabatan2 Kerajaan pun sekarang ni ke arah e-government. Borang boleh download di website. Tak nampak sebab kenapa PG make it so difficult.

Sekadar pandangan ikhlas.....



Wednesday, November 7, 2012

Emas masih rendah tapi mungkin akan naik

Lama tidak posting. Kerana kesibukan kerja. Dua hari lepas, saya menghadiri Seminar Emas anjuran Public Gold disampaikan oleh Encik Faizan Dasuki. Banyak juga yang dipelajari. Malam ni ingin cuba ke Senawang dengar taklimat pelaburan emas oleh Puan Azizah Hassan @ Mama.

Sekarang ni, saya cuba nak attend sebanyak mana taklimat mengenai emas yang disediakan oleh Public Gold untuk mendalami ilmu mengenai emas. Mana tahu boleh guna untuk diri sendiri dan share dengan kawan2 lain.

Antara yang baru dipelajari ialah, emas ni trend nya sentiasa naik. Tapi bukan harga sentiasa naik. Harga turun dan naik. Jadi kena belajar tengok-tengok graf kenaikan emas untuk bantu kita bila masa nak menjual, bila masa nak membeli. Boleh tengok laman web Encik Faizan Dasuki untuk maklumat lanjut.

Lagi yang diberitahu kebaikan membeli Public Gold berbanding pesaing lain. Harga Public Gold berubah 24 jam setiap 20 minit berbanding Akaun Emas yang berubah 1 atau 2 kali sehari. Jadi kita boleh lock harga Public Gold bila2 masa sama ada kita nak membeli atau nak menjual. Ketika harga naik, kita boleh lock untuk jual. Ketika harga turun, kita boleh lock untuk beli.

Ada juga penganalisa berpendapat, selepas Obama menang ni harga emas akan naik kerana Obama dijangka akan terus dengan langkah Economic Stimulus atau rangsangan ekonomi iaitu dengan mencetak wang kertas US Dollar. Ini akan merendahkan nilai USD dan lantas harga emas akan naik. Allah sahaja yang mengetahui sebenarnya. Hakikatnya tiada manusia di dunia ni yang boleh menjangka dengan tepat turun naik harga emas.

Sekian, jumpa lagi.



Monday, July 9, 2012

Harga Emas masih rendah USD 1587 - hampir sama dengan tahun lepas

Harga emas masih rendah. Jika dibandingkan dengan harga setahun lepas, hanya meningkat sekitar 2.8 % sahaja. Jangan terperanjat, jika ia kekal begini, sekitar bulan Ogos nanti, kenaikan harga tahunan boleh jadi negatif. Dengan kata lain, harga tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.

Perkara ini jarang terjadi. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27 % - 30 %. Kini, mungkin akan jadi negatif. Kesimpulannya tiada siapa boleh meneka bila harga emas akan naik, bila akan turun. Walaupun orang itu dikatakan pakar emas sekalipun. Hanya Allah SWT mengetahui.

Kerja kita, bila harga rendah-beli, bila dapat untung boleh jual atau boleh terus simpan. Pada pendapat saya harga sekarang masih rendah dan masih boleh beli. Nanti bila sudah dapat keuntungan sekitar 10 % dalam masa terdekat, boleh jual. Contohnya jika kita beli 10 dinar emas sekarang RM 7000, bila harga jual menjadi RM 7700, boleh jual. Dapatlah keuntungan RM 700. Banyak tu.

Bagi yang ada simpan emas, jika nak gunakan duit tetapi harga emas sedang rendah, boleh dipajakkan ke Public Gold (PSP) atau dengar cerita Pos Malaysia pun dah ada sistem ar-Rahnu. Bila dah ada duit nanti , tebus balik.


Tuesday, May 8, 2012

Harga Emas Jatuh Lagi USD 1626 - Elok Beli !

Harga Emas jatuh kembali . Agak teruk juga. Ditambah dengan faktor Ringgit lebih kukuh berbanding US Dollar. Kebaikannya - bagi mereka yang memang merancang nak beli emas, waktu ni paling sesuai. Saya tidak pernah jumpa harga kenaikan tahunan cuma 8.72 % !!! Sangat rendah. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27-30%. Jika ada yang dapat beli waktu ni, bila kenaikan tahunan jadi 30%, ke atas pasti boleh jual dan dapat keuntungan yang besar.

Ada juga yang baru dapat bonus beli barang kemas atau jongkong. Ini satu tindakan bijak.



Wednesday, April 4, 2012

Harga Sedang Durian Runtuh Sekarang USD 1623

Harga sedang turun dengan mendadak sekali. Bagi yang memang berhajat nak membeli emas dan ada duit lebih, dirasakan inilah waktu paling sesuai sekali. Harga mungkin turun lagi. Ada yang menjangka kemungkinan di bawah USD 1600 tetapi bagi saya harga sekarang pun sudah cukup rendah. Cuba lihat table Public Gold dan Kitco di bawah :


Kenaikan tahunan cuma 13 %. Sangat rendah. Biasanya kenaikan tahunan ialah sekitar 27% - 30 %. Bagi yang layman2 macam kita ni, kalau nak tahu bila masa yang sesuai beli emas bolehlah tengok table kitco di atas. Jika kenaikan melebihi 30% setahun, elok menjual emas. Jika kenaikan kurang 20% setahun, elok membeli. Kalau duit belum cukup banyak, boleh membeli secara EPP (easy payment plan) iaitu bayar ansuran selama 4 bulan. Selepas 4 bulan silap2 harga naik balik sudah boleh jual dan jana keuntungan.

Jadi tunggu apa lagi !

Wednesday, March 28, 2012

Dinar Emas Public Gold Mempunyai Spread Yang Rendah

Tahukah pembaca semua, dinar emas yang dijual oleh Public Gold mempunya nilai spread (beza harga beli dan jual balik) yang amat rendah. Ramai pembeli baru emas bertanya saya, apakah kriteria terpenting untuk menyimpan dan melabur emas di Malaysia. Yang saya boleh katakan ialah, antara yang paling penting ialah kadar spread yang rendah serta kedudukan syarikat penjual emas yang stabil.

Cuba kita lihat kadar spread dinar emas Public Gold :

1 Dinar : 5.92 %
2 Dinar : 5.99 %
5 Dinar : 5.51 %
10 Dinar : 4.99 %

Jika anda seorang dealer Public Gold pula, spreadnya menjadi lebih rendah (untuk Priority Dealer tolak lagi 1.5%, untuk normal dealer 1.0%).

Contoh : Seorang priority dealer akan dapat komisen 1% bila beli emas dan bila jual balik akan dapat komisen 0.5%. Jumlahnya 1.5%. Jadi jika dia beli dinar emas 10 Dinar contohnya, jumlah spread diperolehi ialah kira-kira 4.99-1.5 = 3.49%. Sangat Rendah !!

Bagi mereka yang ingin dapat keuntungan jangka pendek dari pelaburan emas caranya ialah dengan membeli ketika harga murah dan jual ketika harga tinggi. Selamat membeli emas !!

Monday, January 30, 2012

Emas Naik Lagi USD 1740 seounce.

Emas naik lagi dan mencatat kenaikan bulanan tertinggi sejak Ogos 2011. Salah satu punca disebabkan kelemahan matawang Euro dan selepas Tahun Baru Cina dan cuti panjang selama seminggu, ramai memperniagakan emas terutamanya di negara Cina.

Kenaikan bulanan amat tinggi iaitu lebih 11 %. Manakala kenaikan tahunan juga tinggi iaitu lebih 30 %. Bagi mereka yang mebeli emas pada bulan Disember 2011, sekarang sudah boleh jana keuntungan kira-kira 5 % dalam masa 2 bulan !! Itu amat tinggi.

Tapi suka saya mengingatkan pembaca, terutama setelah keluar satu artikel di utusan Malaysia mengatakan seorang yang rugi membeli jongkong emas kerana ketika menjual di kedai emas, nilai spread atau 'beza nilai' ialah 15 %. Nasihat saya, kalau boleh elakkan membeli jongkong di kedai emas kerana nilai spread agak tinggi. Beli jongkong emas di Public Gold, Kijang Emas atau UOB kerana spread agak rendah. Dan jangan beli waktu harga tengah mahal jika ingin jana keuntungan jangka pendek. Ingat, emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Satu tahun dan ke atas. Jika ingin jana keuntungan jangka pendek kena ada ilmu dan skil untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual.






PRECIOUS-Gold steady; heads for biggest monthly gain since Aug

SINGAPORE, Jan 31 (Reuters) - Gold steadied on
Tuesday, after falling in the previous session on a weaker euro,
while prices were on track for their biggest monthly increase
since August.
   
    FUNDAMENTALS
    * Spot gold added $1.05 an ounce to $1,729.69 an
ounce by 0030 GMT, having hit an intraday low around $1,716 on
Monday. Gold struck a record at $1,920.30 last September.
    * Prices were headed for a more than 10 percent rise this
month, highest since a 12 percent gain in August 2011.
    * Gold rose about 5 percent last week, its fourth
consecutive weekly gain, after the U.S. Federal Reserve said it
was unlikely to raise interest rates from near zero until at
least late 2014, which could put pressure on the dollar.
    * Chancellor Angela Merkel cemented her political ascendancy
in Europe on Monday when 25 out of 27 EU states agreed to a
German-inspired pact for stricter budget discipline, even as
they struggled to rekindle growth from the ashes of austerity.
    But differences over the limits of austerity, and Greece's
unfinished debt restructuring negotiations, hampered efforts to
convey a more optimistic message that Europe is getting on top
of its debt crisis.
    * U.S. February gold was steady at $1,731.50 an
ounce.

Wednesday, January 11, 2012

Harga Emas Naik Kembali USD 1643

Harga emas naik kembali setelah jatuh teruk pada Disember 2011 lalu. Walaubagaimanapun masih jauh lebih rendah daripada kenaikan tertinggi pada September 2011 iaitu sekitar USD 1900. Bagi mereka yang beli emas pada Disember 2011 lalu, sekarang sudah balik modal dan untuk dealer pula kerana ada komisyen, sudah untung. Maka jomlah jadi dealer.

Saya nak ambil kesempatan untuk memuji Public Gold kerana sejak akhir2 ni banyak perkara dibuat untuk kemudahan pembeli. Contohnya yang paling saya suka, menambahkan branch Public Gold. Tadi saya ke pejabat PG di Senawang. Tiada orang. Bestnya. Jauh sekali berbanding di Sunway. Dengar cerita tak lama lagi akan buka cawangan di Kajang dan Ampang. Bertuah orang-orang belah Putrajaya dan Kajang.

Lagi tindakan yang saya suka ialah kemudahan pembayaran EPP sebanyak 4 kali dengan caj perkhidmatan hanya 0.5 %. Ini memudahkan pembeli yang ingin mendapatkan keuntungan jangka pendek. Selepas 4 bulan, harga naik, boleh jual kembali dan meraih keuntungan.

Juga tindakan mengadakan sistem PSP, seakan-akan pajakan ar-Rahnu. membolehkan kita rolling simpanan emas sedia ada dan tebus kembali jika sudah mendapat keuntungan. WBP ingatan saya, jangan sampai tiada wang untuk tebus kembali. Kita nanti yang rugi.

So apa lagi, masih boleh beli sekarang kerana kenaikan tahunan masih rendah iaitu 18%. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27-30%. Dengar cerita lepas raya Cina harga mungkin naik. Wallahu aklam.



Thursday, December 29, 2011

Emas PG boleh bayar 4 kali

Untuk memudahkan pembeli emas membeli terutamanya jika harga emas terlalu mahal, Public Gold memperkenalkan sistem pembayaran 4 kali installment dipanggil sistem EPP (Easy Payment Plan). Pembelian cara ini dikenakan caj perkhidmatan sekali sahaja sebanyak 0.5 % dari kadar harga emas yang dibeli. Contohnya jika beli emas harga RM 4000, boleh bayar bulanan sebanyak RM 1000 setiap bulan. Caj perkhidmatan sebanyak RM 20 perlu dibayar pada installment pertama. Bermakna, untuk installment pertama, pembeli perlu bayar RM 1020. Amat mudah.

Emas akan diperolehi setelah pembayaran sepenuhnya dibuat.

Tuesday, December 27, 2011

Public Gold juga ada sistem Pajakan dipanggil PSP

Sejak beberapa bulan lalu, penyimpan emas dikejutkan dengan berita Agro Bank tidak lagi menerima pajakan ar-Rahnu untuk gold bar / coin. Ini agak menyukarkan sesetengah penyimpan yang ingin memakai wang jika berlaku sesuatu keperluan mendesak.




Bagaimanapun, baru-baru ini Public Gold telah memperkenalkan sistem yang lebih kurang sama dengan sistem ar-Rahnu Agro Bank. Sistemnya dipanggil Public Safe Program (PSP). Kadar upahnya seperti berikut :-

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 14.77% setahun.

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.

Tuesday, December 20, 2011

Klip video tentang emas

Di bawah ini adalah klip video menarik tentang emas. Banyak lagi video-video yang boleh ditonton di column kanan blog saya ini. Selamat menonton !!!

Wednesday, December 14, 2011

Emas turun lagi USD 1569

Harga emas turun lagi dengan betul-betul rendah. Lebih rendah dari harga beberapa bulan yang lalu. Masa yang amat-amat sesuai untuk lock harga atau membeli emas dan kemudian jual waktu harga tinggi.





Harga emas turun menjunam USD 1627

Tanpa disangka-sangka, harga emas turun menjunam selepas menikmati kenaikan sementara beberapa minggu lalu. Penganalisa berkata walaupun harga turun, pembelian agak perlahan. Ini disebabkan kekuatan US Dollar menyebabkan harga dilihat tidak begitu menarik di mata pembeli di Asia.

Wbp, bagi yang ingin membeli, inilah masanya yang paling sesuai ketika ini. Jangan tunggu lagi. Bagi yang nak menjual emas simpanan mereka, tangguhkan dahulu. Tunggu hingga harga naik kembali.

Kenaikan tahunan amat rendah iaitu 16.6 %. jauh lebih rendah dari kenaikan tahunan purata iaitu sekitar 27-30% setahun.




Friday, September 30, 2011

Sesuai membeli emas sekarang USD 1625

Setelah dikejutkan dengan kenaikan emas mendadak pada hujung bulan Ogos lalu sehingga USD 1907 seounce, kini ia turun menjunam disebabkan US Federal Reserve menambah bilangan US Dollar dengan membeli bon-bon daripada US Treasury Department. Atau dengan kata lain nilai US Dollar naik disebabkan tindakan ini lantas harga emas jatuh merudum.

Ada juga pendapat penanalisis bahawa harga emas sengaja dijatuhkan untuk menakutkan penyimpan emas daripada terus menyimpan emas. Menurut beliau Bank-bank pusat menjual dengan banyak emas simpanan mereka supaya harga emas jatuh. Ini adalah kerana mereka berpendapat jika harga emas naik, orang ramai tidak ingin membeli fiat moneys. Ini merugikan mereka.

Ada juga yang mengatakan, pelabur menjual emas mereka untuk membayar kerugian-kerugian pada pelaburan lain disebabkan harga saham jatuh.

Apapun, bagi mereka yang sudah lama ingin membeli emas, ada hikmahnya. Inilah waktu yang ditunggu-tunggu. Jangan tunggu lagi rendah. Ini pun sudah cukup rendah. Alhamdulillah pada ketika ini, ramai rakan-rakan saya menempah untuk membeli emas Public Gold 20g kerana harga tengah rendah. Ada yang dapat pada harga RM 3555 untuk PG 20g.

Ada juga yang ingin beli Kijang emas di Maybank atau Australlian Nugget di UOB Bank tapi tiada stok. Saya nak beritahu para pembaca, kelemahan Kijang Emas dan UOB Gold ialah, ketika harga turun, stok tiada !!! Sedangkan Public Gold tidak pernah kehabisan stok. Kita boleh tempah bila-bila pada waktu yang kita suka. Nak menjual pula sangat mudah. Boleh jual dengan Public Gold atau ramai juga pembeli-pembeli lain yang sanggup beli dengan harga lebih tinggi sedikit dari harga "we buy".

Harga sekarang ialah USD 1624.80 seounce. Sangat rendah iaitu kira-kira 15% lebih rendah dari harga maksimum lalu !!! Kesimpulannya beli sekarang sangat menguntungkan.





Apa lagi jom membeli sebelum harga naik. Kitco buat survey mendapati ramai menjangka harga naik minggu hadapan. Selamat membeli !!

Wednesday, August 24, 2011

Harga emas turun - sesuai membeli

Bagi mereka yang dah lama menanti nak beli emas, waktu ni dirasakan agak sesuai membeli. Mungkin harga akan turun sedikit lagi selepas ini, tetapi jika membeli sekarang pun tiada ruginya. Harga emas ketika ini jatuh ke USD 1740 seounce. Kalau dapat beli atas tangan orang dengan harga bawah market price lebih baik.

Saya rasa waktu paling sesuai lock emas bagi yang nak membeli ialah ketika harga menjadi USD 1700 seounce ke bawah atau untuk Public Gold 20g, RM 3600 ke bawah. Ini pendapat saya. Terpulang pada pembaca tentukan sendiri.

Selamat memantau harga emas.

Monday, August 22, 2011

Emas Naik Melepasi USD 1900

Seperti dijangka, emas naik melebihi USD 1900 seounce pagi tadi. Harga Kijang emas hari ini disandarkan ketika emas berharga USD 1907 seounce iaitu RM 6010. Bayangkan pada bulan 12, hargannya sekitar RM 4500. Sesiapa yang beli Kijang emas sekitar bulan Februari 2011 lah yang paling banyak untung. Untung bersih selepas tolak spread sudah melebihi 30 % tidak sampai setahun. Inilah namanya rezeki penyimpan emas.








Emas Naik Lagi Menghampiri USD 1900 !!!

Sejak hampir setahun saya menyimpan emas, kali inilah saya rasa emas betul-betul naik dengan amat pantas. Kalau ini berterusan, saya rasa satu masa nanti agak sukar untuk golongan pertengahan membeli emas kerana harganya yang sangat mahal. Rasanya sekarang ni gelang emas biasa pun mungkin harganya sekitar RM 6000 ! bayangkan.

Kenaikan kali ini disebabkan krisis hutang Eropah yang terus menerus tidak nampak pulihnya dan prestasi ekonomi yang lembap di seluruh dunia. Jika kita tengok Bloomberg atau CNBC Asia pun asyik cerita pasal saham yang jatuh di seluruh dunia. Harga minyak pun turun tapi harga minyak di Malaysia tak turun2.

Setiap kali berlaku kejatuhan ekonomi, harga emas akan meningkat naik kerana sebenarnya nilai emas sama, cuma nilai mata wang saja yang makin jatuh.












Kenaikan tahunan amat tinggi iaitu melebihi 50 %. jauh lagi tinggi daripada kenaikan purata sekitar 27-30%. Waktu ni sesuai menjual atau terus menyimpan. Jika nak beli, cadangan saya sama ada tunggu bila berlaku penurunan sementara selepas ini atau beli atas tangan orang dengan harga di bawah pasaran.

Harga perak juga nampak makin naik. Cuma harga perak dikatakan agak volatile iaitu mudah naik dan turun. Tapi tak rugi menyimpan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Yakinlah. Tapi jangan lupa bayar zakat ye... Bertambah berkat simpanan kita , insya Allah.


Gold Advances to Record, Platinum to 3-Year High, Silver to 3-Month Peak




Gold rallied for a sixth day to an all-time high as a global economic slowdown and the European debt crisis boosted demand for a haven. Platinum climbed to the highest level in more than three years.

Immediate-delivery bullion gained as much as 1.6 percent to $1,882.55 an ounce, and traded at $1,881.50 at 2:14 p.m. in Singapore. The metal is up 16 percent in August, heading for its best monthly performance since September 1999.

“Gold has support given the risks are still there, so I wouldn’t want to short gold in the current environment,” said Jeremy Friesen, commodity strategist at Societe Generale SA. So- called short sales refer to bets on declines in prices.

The Standard & Poor’s 500 Index capped its biggest four- week loss since 2009 last week on concern German Chancellor Angela Merkel’s resistance to common euro-area bonds will prolong the region’s debt crisis. Central bankers from around the world will meet in Jackson Hole, Wyoming this week amid speculation Federal Reserve Chairman Ben S. Bernanke may signal a third-round of asset purchases to boost the faltering recovery.

December-delivery gold rose as much as 1.8 percent to a record $1,885.90 an ounce. Bullion priced in sterling advanced to an all-time high, while June-delivery gold on the Tokyo Commodity Exchange and December-delivery metal on the Shanghai Futures Exchange climbed to their highest ever. Futures on the Multi Commodity Exchange of India Ltd. also reached a record.