Thursday, April 14, 2011

Harga Perak Naik Lagi USD 42

Harga Perak naik lagi. Tak tahu bila nak turun untuk kita membeli. Hari tu saya jual jongkong perak saya, mudah betul dapat pembeli dalam masa 1 jam. Marilah kita membeli dan menyimpan perak juga. Bagi yang tiada modal besar, boleh bermula dengan Dirham Kelantan. Harga 1 dirham baru RM 27 sekarang ni. Kawan saya kata bila-bila masa boleh naik. Dulu waktu beliau mula membeli pada Oktober 2010, harga 1 dirham baru RM 18. Kalau tunggu tahun depan rasanya, harga boleh mencecah RM 50 !!!


Macam kata admin blog penglipuremas.blogspot.com, beliau sudah mula menukar wang fiat (wang kertas) beliau sedikit demi sedikit kepada dinar dan dirham. Sedang wang fiat semakin susut nilainya, emas dan perak semakin naik. Mungkin akan berlaku pembetulan (penurunan sementara). tetapi waktu itulah kita membeli. Tetapi tiada jaminan bila akan turun lagi. Senang cakap, jika ada orang offer nak jual emas dan perak dengan harga yang lebih rendah sedikit daripada harga pasaran, beli saja jika kita mampu. Itu Best Buy namanya. Iaitu mebeli pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. Nak cari penjual senang je. Layari facebook Public Gold. Ramai penjual mengiklankan produk di laman tersebut.

Bagi yang nak membeli Dirham Kelantan boleh layari website Islamic Mint. Jumpa lagi !

Monday, April 11, 2011

Ambil Peluang Sewaktu Pembetulan Pada Harga E&P


Artikel di bawah menyatakan jika terdapat sebarang pembetulan terhadap harga emas atau perak (harga turun sementara), pelabur perlu ambil peluang membeli untuk tujuan pelaburan jangka panjang. Menurut jangkaan penulis artikel tersebut, harga emas akan naik sehingga USD 1800-2000 seounce dalam masa beberapa tahun lagi manakala harga perak akan naik sehingga USD 55 seounce.

US Dollar pada ketika ini agak merosot nilainya berbanding matawang lain. Data pengangguran di US yang tidak memberangsangkan juga telah mengurangkan keyakinan pelabur terhadap matawang USD lantas mereka berpindah untuk melabur di dalam komoditi termasuk di dalam 'precious metals' seperti emas, perak dan lain-lain.

Menurut artikel di bawah, pelabur jangka panjang dicadangkan membeli perak ketika harga menjadi USD 33-35 dan menjualnya pada harga USD 48-55. 

Kenyataan di atas hanya bersifat jangkaan penulis artikel berkenaan. Kita perlu membuat pertimbangan sendiri, selawat dan buat keputusan.


If you see a Gold correction, grab the opportunity - Comodity Online


By Shyamal Mehta

MUMBAI (Commodity Online): US dollar becoming weak against major currencies lifted dollar denominated commodities higher last week as weak USD makes dollar denominated commodities less expensive for other currency holders.

Currencies


US dollar index lost 0.96 % on Friday last week while on weekly basis it fell by approximately 1.3%. While against Euro, the dollar fell by 1.4% for the week ended on 8th April, 2011. Dollar traded weak throughout the week against basket of major currencies. Euro became strong against US dollar as expected 25 basis point rate hiked by (ECB) European Central Bank. The ECB hiked interest rate from 1% to 1.25%.

The reason for decline in USD was mainly because of investors unwinded their positions from USD and shifted their focuss on riskier commodities on growing optimism of global economic recovery.

Even better than expected US jobless claims data could not provide support to the greenback.

Bullion


Gold prices were going up constantly in the last week. Gold future prices rose by approximately one percent on Friday last week while on weekly basis it settled at 1474.1 USD per ounce higher by more than three percent. Gold prices went up as dollar became weak which boosted the metal’s demand as an alternative asset and also because of inflation hedge as Crude also went up last week by approximately 4.5 percent.

Gold prices were rising in the last week on the back of speculative and investment demand and physical demand of Gold was not seen picking up in the last week.

Silver prices has tested multi year high levels above $40 per ounce and last traded at $40.6 per ounce. Silver prices gained by 2.6% on last Friday and more than 7.5 percent in the last week. Silver continued outperforming Gold from last three months and likely to give better returns in the coming months also as compared to Gold. Silver gained by more than 45% in last three months while Gold gave return of more than 10 percent in the said period. Silver prices are seen rising further and heading towards 44 dollar per ounce mark.

Gold and silver prices have risen in recent past was also because of investment demand from hedge fund houses where Silver prices have risen with abnormal speed which may trigger sell off and may fall on profit bookig and correct by 15-20 percent in near term.




Any correction in bullion prices is a good long term investment opportunity for investors as Gold and Silver prices are still in medium and long term uptrend. Gold prices are seen rising in next couple of years and may touch 1800-2000 $ per ounce. And Silver could test $ 55 per ounce levels in the next couple of years.

Long term investors can buy silver somewhere around $ 33-35 per ounce keeping a stop loss of 29 dollar mark and can wait for the targets of 48-55 levels in long term.

Fenomena Perak

Perak sudah menjadi fenomena sekarang ini disebabkan harganya naik begitu mendadak jauh lebih cepat daripada emas. Jika pembaca pernah membaca tulisan saya sebelum ini, memang ada saya katakan harga perak naik lebih cepat daripada perak. Cumanya yang menjadi penghalang orang ramai melabur dalam perak dengan banyaknya disebabkan dua faktor. Satu kerana spreadnya yang tinggi dan kedua disebabkan tidak boleh dipajak.

Saya ada membeli beberapa keping silver bar pada bulan 12 lalu. Dalam masa tidak sampai 4 bulan saya sudah menjana keuntungan yang amat baik apabila menjualnya semalam. Tidak sampai satu jam saya iklankan di facebook, telah sold out. Malah ada yang marah-marah pada saya kerana tidak rezabkan pada dia dan ramai lagi bertanya jika ada stok boleh jual lagi.

Pesanan saya , kita simpan emas dan perak niatnya untuk amalkan hadith nabi SAW seperti tertera di atas blog saya ini. Pasti ada keberkatannya. Nabi suruh simpan dinar dan dirham. Kita pun amal. Bukan setakat hadith ini, mana-mana hadith Nabi SAW kalau kita amal ada keberkatannya, insya Allah. Jangan lupa, bayar zakat setelah cukup setahun. Untuk ini kita kena ada inventori emas dan perak, tarikh kita beli, harga dia dan kuantiti dia. Agar bila cukup tempoh, mudahlah kita mengira berapa banyak kita kena bayar zakat. Cara mengira zakat ada dalam blog saya sebelum ini seperti yang ditulis oleh Encik Syukor dan ada juga di laman web Pusat Zakat Selangor.


Friday, April 8, 2011

Emas dan Perak Catat Rekod Tertinggi USD 1475 / USD 40.95

Wah !!! Berita baik untuk semua penyimpan emas dan perak. Harga Emas dan Perak Naik lagi dan catat rekod tertinggi. Kali ini kenaikan disebabkan kejatuhan nilai USD yang teruk kerana harga barangan konsumer naik di US.

Perak naik dengan drastik. Dalam masa 1 atau 2 bulan sudah jana keuntungan besar. Kenaikan tahunan semasa emas ialah 28.13%. Jadi seperti saya tulis sebelum ini, tunggu harga turun sedikit selepas ini, mari kita membeli.....