Perak sudah menjadi fenomena sekarang ini disebabkan harganya naik begitu mendadak jauh lebih cepat daripada emas. Jika pembaca pernah membaca tulisan saya sebelum ini, memang ada saya katakan harga perak naik lebih cepat daripada perak. Cumanya yang menjadi penghalang orang ramai melabur dalam perak dengan banyaknya disebabkan dua faktor. Satu kerana spreadnya yang tinggi dan kedua disebabkan tidak boleh dipajak.
Saya ada membeli beberapa keping silver bar pada bulan 12 lalu. Dalam masa tidak sampai 4 bulan saya sudah menjana keuntungan yang amat baik apabila menjualnya semalam. Tidak sampai satu jam saya iklankan di facebook, telah sold out. Malah ada yang marah-marah pada saya kerana tidak rezabkan pada dia dan ramai lagi bertanya jika ada stok boleh jual lagi.
Pesanan saya , kita simpan emas dan perak niatnya untuk amalkan hadith nabi SAW seperti tertera di atas blog saya ini. Pasti ada keberkatannya. Nabi suruh simpan dinar dan dirham. Kita pun amal. Bukan setakat hadith ini, mana-mana hadith Nabi SAW kalau kita amal ada keberkatannya, insya Allah. Jangan lupa, bayar zakat setelah cukup setahun. Untuk ini kita kena ada inventori emas dan perak, tarikh kita beli, harga dia dan kuantiti dia. Agar bila cukup tempoh, mudahlah kita mengira berapa banyak kita kena bayar zakat. Cara mengira zakat ada dalam blog saya sebelum ini seperti yang ditulis oleh Encik Syukor dan ada juga di laman web Pusat Zakat Selangor.
No comments:
Post a Comment