Harga emas naik lagi ke paras USD 1530 seounce. Memang sejak akhir-akhir ini, tulisan saya banyak cerita tentang harga emas naik. Nak buat macam mana, memang harga emas tengah naik. Ramai kawan-kawan tanya nak beli emas macam mana pada waktu ini. Yang saya boleh kata, beli pada waktu ini agak tinggi harganya. Ada juga pendapat mengatakan tunggu bila berlaku correction (penurunan sementara) baru beli pada waktu itu. Tapi apa yang berlaku, bila berlaku correction, ramai orang beli dan harga naik kembali. Kesimpulannya beli emas pada bila-bila masa tak pernah rugi, insya Allah. Harga tetap akan naik. Biasanya 27-32% setahun kadar kenaikan. Cuba lihat Jadual di bawah. Kenaikan tahunan semasa (365 hari) ialah USD 365.40 atau 31.36 %. Maknanya dalam setahun lepas, harga emas naik lebih RM 1,000 seounce !!! Bayangkan keuntungannya. Jika seorang membeli 30 ounce emas tahun lepas, bermakna dia sudah dapat laba lebih RM 30,000 !!!
Kenaikan harga emas kali ini dikaitkan dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi oleh pembuat polisi kewangan. Ini menyebabkan ramai orang membeli emas dengan kadar yang banyak sebagai langkah pelaburan yang selamat.
Harga silver juga seolah-olah tidak mahu turun-turun. Berada di paras USD 48 seounce pada waktu ini.
No comments:
Post a Comment