Monday, January 30, 2012

Emas Naik Lagi USD 1740 seounce.

Emas naik lagi dan mencatat kenaikan bulanan tertinggi sejak Ogos 2011. Salah satu punca disebabkan kelemahan matawang Euro dan selepas Tahun Baru Cina dan cuti panjang selama seminggu, ramai memperniagakan emas terutamanya di negara Cina.

Kenaikan bulanan amat tinggi iaitu lebih 11 %. Manakala kenaikan tahunan juga tinggi iaitu lebih 30 %. Bagi mereka yang mebeli emas pada bulan Disember 2011, sekarang sudah boleh jana keuntungan kira-kira 5 % dalam masa 2 bulan !! Itu amat tinggi.

Tapi suka saya mengingatkan pembaca, terutama setelah keluar satu artikel di utusan Malaysia mengatakan seorang yang rugi membeli jongkong emas kerana ketika menjual di kedai emas, nilai spread atau 'beza nilai' ialah 15 %. Nasihat saya, kalau boleh elakkan membeli jongkong di kedai emas kerana nilai spread agak tinggi. Beli jongkong emas di Public Gold, Kijang Emas atau UOB kerana spread agak rendah. Dan jangan beli waktu harga tengah mahal jika ingin jana keuntungan jangka pendek. Ingat, emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Satu tahun dan ke atas. Jika ingin jana keuntungan jangka pendek kena ada ilmu dan skil untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual.






PRECIOUS-Gold steady; heads for biggest monthly gain since Aug

SINGAPORE, Jan 31 (Reuters) - Gold steadied on
Tuesday, after falling in the previous session on a weaker euro,
while prices were on track for their biggest monthly increase
since August.
   
    FUNDAMENTALS
    * Spot gold added $1.05 an ounce to $1,729.69 an
ounce by 0030 GMT, having hit an intraday low around $1,716 on
Monday. Gold struck a record at $1,920.30 last September.
    * Prices were headed for a more than 10 percent rise this
month, highest since a 12 percent gain in August 2011.
    * Gold rose about 5 percent last week, its fourth
consecutive weekly gain, after the U.S. Federal Reserve said it
was unlikely to raise interest rates from near zero until at
least late 2014, which could put pressure on the dollar.
    * Chancellor Angela Merkel cemented her political ascendancy
in Europe on Monday when 25 out of 27 EU states agreed to a
German-inspired pact for stricter budget discipline, even as
they struggled to rekindle growth from the ashes of austerity.
    But differences over the limits of austerity, and Greece's
unfinished debt restructuring negotiations, hampered efforts to
convey a more optimistic message that Europe is getting on top
of its debt crisis.
    * U.S. February gold was steady at $1,731.50 an
ounce.

Wednesday, January 11, 2012

Harga Emas Naik Kembali USD 1643

Harga emas naik kembali setelah jatuh teruk pada Disember 2011 lalu. Walaubagaimanapun masih jauh lebih rendah daripada kenaikan tertinggi pada September 2011 iaitu sekitar USD 1900. Bagi mereka yang beli emas pada Disember 2011 lalu, sekarang sudah balik modal dan untuk dealer pula kerana ada komisyen, sudah untung. Maka jomlah jadi dealer.

Saya nak ambil kesempatan untuk memuji Public Gold kerana sejak akhir2 ni banyak perkara dibuat untuk kemudahan pembeli. Contohnya yang paling saya suka, menambahkan branch Public Gold. Tadi saya ke pejabat PG di Senawang. Tiada orang. Bestnya. Jauh sekali berbanding di Sunway. Dengar cerita tak lama lagi akan buka cawangan di Kajang dan Ampang. Bertuah orang-orang belah Putrajaya dan Kajang.

Lagi tindakan yang saya suka ialah kemudahan pembayaran EPP sebanyak 4 kali dengan caj perkhidmatan hanya 0.5 %. Ini memudahkan pembeli yang ingin mendapatkan keuntungan jangka pendek. Selepas 4 bulan, harga naik, boleh jual kembali dan meraih keuntungan.

Juga tindakan mengadakan sistem PSP, seakan-akan pajakan ar-Rahnu. membolehkan kita rolling simpanan emas sedia ada dan tebus kembali jika sudah mendapat keuntungan. WBP ingatan saya, jangan sampai tiada wang untuk tebus kembali. Kita nanti yang rugi.

So apa lagi, masih boleh beli sekarang kerana kenaikan tahunan masih rendah iaitu 18%. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27-30%. Dengar cerita lepas raya Cina harga mungkin naik. Wallahu aklam.



Thursday, December 29, 2011

Emas PG boleh bayar 4 kali

Untuk memudahkan pembeli emas membeli terutamanya jika harga emas terlalu mahal, Public Gold memperkenalkan sistem pembayaran 4 kali installment dipanggil sistem EPP (Easy Payment Plan). Pembelian cara ini dikenakan caj perkhidmatan sekali sahaja sebanyak 0.5 % dari kadar harga emas yang dibeli. Contohnya jika beli emas harga RM 4000, boleh bayar bulanan sebanyak RM 1000 setiap bulan. Caj perkhidmatan sebanyak RM 20 perlu dibayar pada installment pertama. Bermakna, untuk installment pertama, pembeli perlu bayar RM 1020. Amat mudah.

Emas akan diperolehi setelah pembayaran sepenuhnya dibuat.

Tuesday, December 27, 2011

Public Gold juga ada sistem Pajakan dipanggil PSP

Sejak beberapa bulan lalu, penyimpan emas dikejutkan dengan berita Agro Bank tidak lagi menerima pajakan ar-Rahnu untuk gold bar / coin. Ini agak menyukarkan sesetengah penyimpan yang ingin memakai wang jika berlaku sesuatu keperluan mendesak.




Bagaimanapun, baru-baru ini Public Gold telah memperkenalkan sistem yang lebih kurang sama dengan sistem ar-Rahnu Agro Bank. Sistemnya dipanggil Public Safe Program (PSP). Kadar upahnya seperti berikut :-

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 14.77% setahun.

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.