Wednesday, February 9, 2011

Apa Dia Fiat Money ?

Fiat Money tidak ada kena mengena dengan kereta Fiat. Sebelum kita cerita lebih lanjut, mari kita tengok definisi seperti dinyatakan dalam website favourite saya 'wikipedia.org' :

http://en.wikipedia.org/wiki/Fiat_money

Fiat Money


Fiat money is money that has value only because of government regulation or law. The term derives from the Latin fiat, meaning "let it be done", as such money is established by government decree. Where fiat money is used as currency, the term fiat currency is used. Today, most national currencies are fiat currencies, including the US dollar, the euro, and all other reserve currencies, and have been since the Nixon Shock of 1971.

Di sini kita boleh lihat, Fiat Money atau kita boleh panggil duit kertas sebenarnya tidak ada nilai(value). Ia ada nilai hanya disebabkan undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah kerajaan. Jika tiada undang-undang ini, dia tidak lebih dari sehelai kertas yang dicetak. Anak kita pun boleh print wang kertas di printer colour kita dengan lebih cantik dan menarik.




Cuba kita tengok duit RM 50 contohnya, ada disebutkan 'WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI RM 50' dan ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara. Inilah yang menyebabkan kertas itu ada nilai sebanyak RM 50. Bukan kerana harga dakwat pencetaknya atau pun harga kertasnya bernilai RM 50.



Tidak seperti syiling atau jongkong emas. Ia tidak memerlukan undang-undang untuk menentukan nilainya. Ia tidak perlu tandatangan mana-mana governor. Ia tidak perlu sebenarnya cetakan-cetakan atau security code yang canggih-canggih untuk menentukan nilainya. Ia ada nilai dengan sendirinya kerana keadaan fizikalnya. Contohnya pada waktu ini nilai emas 1 ounce ialah USD 1363. Itulah kelebihan emas.

Kerana itu juga sistem matawang dulu-dulu semuanya disandarkan kepada rezab emas yang dimiliki oleh sesebuah negara hinggalah pada tahun 1971 disebabkan krisis kewangan yang teruk di Amerika oleh kerana Perang Vietnam, Presiden Amerika ketika itu Richard Nixon, telah mengubah sistem berkenaan di mana duit Amerika tidak lagi berdasarkan rezab emas yang dimiliki oleh mereka, malah diapungkan. Yang lebih malang, kebanyakan negara lain menyandarkan matawang dan hampir kesemua rezab negara mereka pada US Dolar. Inilah yang menyebabkan Amerika bebas mencetak wang mereka sewenang-wenangnya tetapi tidak negara lain.


Panjang lagi ceritanya berkenaan hal ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah kita melayari website yang saya nyatakan di atas. Tetapi buat masa ini, cukuplah kita memahami, wang kertas sebenarnya pada hakikatnya tidak ada sebarang nilai. Kerana itu juga kebanyakan pelabur berpendapat, pelaburan yang selamat adalah di dalam emas dan juga perak. Hakikat ini telah dinyatakan lama dulu lagi oleh Nabi Muhammad S.A.W. di dalam hadis yang dinyatakan di atas blog saya ni. Yakinlah kita pada hadith berkenaan. Insya Allah ada kejayaan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment