Monday, January 17, 2011

Ar-Rahnu vs Pinjaman Peribadi

Kalau kita ada emas dan kita pajak ar-rahnu, kita akan dapat wang yang banyak setara dengan nilai emas yang dipajak. Tersenyum kita ketika menerima wang tunai tersebut.

Tapi sebenarnya kita kena anggap duit yang kita terima itu adalah seolah-olah pinjaman peribadi yang perlu dibayar dalam masa 6, 12 atau 18 bulan pada satu kadar keuntungan (interest) yang ditetapkan oleh pihak bank berkenaan.



Mari kita buat perbandingan mudah. Pinjaman peribadi Bank Rakyat contohnya, kadar keuntungannya (interest) kira-kira 5 % setahun. Berapa pula kadar keuntungan (interest) ar-rahnu jika kita ingin mengganggapnya sebagai Pinjaman Peribadi ?

Ambil Contoh jika pajak 5 ketul 20g gold bar Public Gold, nilai semasanya ialah RM 166 x 20 x 5 = RM 16,600. Agro Bank akan beri pinjaman 70 % dari nilai semasa tersebut iaitu RM 11,620. Inilah cash yang akan kita terima.

> Upah simpanan ialah 0.75% sebulan daripada nilai emas.

> Jadi upah simpanan setahun = 12 x 0.75 % x 16,600 = RM 1,494 setahun.

> Jadi, kadar keuntungan (interest) pinjaman agrobank ar-rahnu ialah :

     RM  1,494   x 100 %  =  12.86 % setahun.
     RM 11,620

PENEMUAN :

Kadar interest Pinjaman Peribadi Bank Rakyat  :  5% setahun

Kadar interest Pinjaman Peribadi Ar-Rahnu       :  12.86 % setahun


KESIMPULANNYA, jika kita layak membuat pinjaman peribadi, adalah lebih baik kita buat pinjaman peribadi untuk beli emas kerana kadar interestnya jauh lebih rendah daripada jika kita memajak emas kita pada Ar-Rahnu.

No comments:

Post a Comment