Sunday, January 16, 2011

Di mana nak simpan emas ?

Soalan yang selalu berlegar pada pembeli baru ialah di mana nak simpan emas ?

Ada beberapa pilihan. Paling mudah di Ar-Rahnu. Sambil dapat duit pinjaman dapat juga menyimpan di tempat yang selamat dan diinsurankan. Tapi jangan lupa ambil-kira kos simpanan yang agak tinggi iaitu 0.75 % sebulan dari nilai harga emas semasa. Contohnya jika menyimpan gold bar 20g bernilai RM 3200, kos simpanan sebulan ialah RM 24 atau setahun RM 288. Tinggi tu.

Pilihan lain ialah Safe Deposit Box. Untuk orang KL ada di tingkat bawah pejabat Public Gold Sunway iaitu Royal Safe Deposit Box. Setahun kira-kira RM 270 ke atas bergantung pada saiz peti. Diinsurankan RM 100,000 maksima.

Satu lagi pilihan ialah Safe Deposit Box di cawangan bank-bank tertentu. Agak murah iaitu kira-kira RM 85 ke atas bergantung pada bank. Malangnya selalu penuh dan kena waiting list. Insurannya biasanya RM 10,000 setiap peti bergantung pada bank. Ada juga bank yang tidak cover langsung insuran.

Satu lagi cara ialah tanam bawah tanah dan konkritkan. Hi hi hi. Gurau je...

No comments:

Post a Comment