Sunday, January 16, 2011

Ketumpatan emas

Salah satu manfaat bila kita memajak dengan ar-rahnu ialah kita boleh belajar di depan mata kita bagaimana menilai keaslian emas.

Salah satu ujian untuk membuktikan keaslian emas ialah ketumpatan (density) emas. Ketumpatan standard untuk logam emas (Au) mestilah 19.3 g/cm3. Sepatutnya tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi menurut pegawai agro bank, mereka masih boleh terima jika 19.2 atau 19.4. Mungkin mengambil-kira faktor ketepatan alat penguji iaitu 'precious metal tester'.


Waktu saya test emas Public Gold haritu, Alhamdulillah ketumpatannya ialah 19.3. Pembaca boleh cuba sendiri sewaktu memajak emas milik pembaca. Cadangan saya jika memajak ar-rahnu, pajak secara berasingan bukan secara pukal. Ini memudahkan waktu kita menebus nanti.

No comments:

Post a Comment