Sunday, January 16, 2011

Bila nak beli emas ?

Harga emas hujung minggu ni suprisingly amat rendah. Emas PG 20g hanya RM 3084. Ia lebih rendah dari harga saya beli pada bulan November 2010 iaitu RM 3095. Ramai orang berkata beli emas waktu harga sedang rendah dan jika ingin menjana pendapatan sampingan, jual emas waktu harga tinggi. Jika simpan pun tidak merugikan. Kerana pada tahun 2010, purata kenaikan ialah kira-kira 25%. Munurut jangkaan ramai pelabur, purata kenaikan untuk tahun 2011 ialah 25-30%. Ini jangkaan saja. Terpulang pada kita untuk menentukan pendirian kita sendiri.

Oleh itu, dengan mengambil kira harga sekarang masih lagi lebih rendah berbanding pada bulan 11 lalu, dirasakan ini adalah masa sesuai bagi mereka yang bercadang untuk membeli. Menurut Kitco, minggu depan dijangka harga akan mula naik setelah beberapa minggu mencatatkan harga rendah. Ada pendapat lain pula mengatakan selepas Tahun Baru Cina, harga mungkin naik. Sama-sama kita tengok nanti.

Harga Kijang Emas dan UOB Gold juga sekarang ni agak rendah, lebih rendah jika dibandingkan ketika saya beli pada bulan November lalu. Pada hari Jumaat, harga Kijang Emas ialah RM 4460 satu ounce. Sama-sama kita tengok pada hari Isnin ini (esok).

Jika pembaca ingin beli 20g emas Public Gold, saya ada ready stock. Boleh SMS 013-2014507. Penghantaran COD boleh dibuat ke kawasan Kajang, Bangi, Salak Tinggi, Putrajaya dan Dengkil.

No comments:

Post a Comment