Public Gold

Public Gold Price (24 Hours Live)



Produk Emas Public Gold

Untuk pembaca yang masih tidak familiar dengan produk Public Gold, boleh saya ceritakan secara ringkas di sini.



Public Gold membuat sendiri jongkong emas, syiling emas, barang kemas dan jongkong perak.



Jongkong emas Public Gold terdiri daripada jongkong 20g, 50g, 100g dan 250g (baru keluar). Ada juga syiling 50g yang sama harga dengan jongkong 50g. Kesemua produk ini mempunyai kualiti emas 24k atau 999.9 fine gold.



Yang paling popular mestilah jongkong 20g kerana harganya yang murah dan mudah disimpan serta paling laku dijual. Ia juga paling mudah dipajak. Saiznya kecil serta mudah dibawa. Harganya pada hari ini ialah RM 3031. Public Gold mengenakan caj pengangkutan RM 10 (semenanjung) dan RM 20 (Sabah dan Sarawak) bagi jongkong emas 20g jika dibeli di pejabat PG selain daripada Penang.



Produk emas 50g Public Gold boleh dibeli dalam 2 bentuk iaitu jongkong dan siling. Harga pada hari ini ialah RM 7541 dan caj pengangkutan ialah RM 20 (semenanjung) dan RM 40 (Sabah dan Sarawak).




Produk emas 100 g dijual dalam bentuk jongkong dan pada hari ini harganya ialah RM 15,012. Caj pengangkutan ialah RM 30 di semenanjung manakala RM 60 di sabah dan Sarawak.








Produk yang baru keluar ialah jongkong emas 250g beharga RM 37,353. Caj pengangkutan ialah RM 50. Tidak seperti jongkong emas 20g, 50g dan 100g, jongkong 250g tidak di minted iaitu keadaan fizikalnya tidak secantik jongkong 20g, 50g dan 100g.




Selain produk di atas, Public Gold juga menjual dinar emas dengan kualiti 22k atau 916 fine gold. Ada 3 bentuk iaitu 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. 1 dinar seberat 4.25g, 5 dinar seberat 21.25g dan 10 dinar  seberat 42.5g. Yang paling popular mestilah syiling 1 dinar kerana harganya yang murah dan mudah dijual. Harga 1 dinar pada waktu ini ialah RM 626. Tidak seperti jongkong emas, PG tidak mengenakan caj pengangkutan untuk pembelian ketiga-tiga jenis dinar ini.






Akhir sekali PG juga menjual barang kemas dengan kualiti 22k atau emas 916. Harganya agak murah dan kadar 'spread'nya juga agak rendah jika dibandingkan dengan di kedai emas. Layari http://www.publicjewellery.com.my/ untuk maklumat lanjut. Gambarnya seperti di bawah. Cantik bukan ?


PJB003022A Bracelet PJB003022C Bracelet PJSB002001 Diana Series - Bracelet PJN002001-50 Necklace (50cm) PJN002001-70 Necklace (70cm) PJBG003001 Bangle


Jongkong perak akan saya ceritakan lain kali ye.