Kijang Emas




[ Posting pada 16 Januari 2011 ] :

Kijang Emas

Hari ni harga kijang emas seperti dijangka sangat rendah iaitu RM 4419 satu ounce. Lebih rendah daripada pertama kali saya beli pada bulan November 2010 iaitu RM 4480. Bagi saya kalau ada duit elok juga beli sekarang. Walaupun harga mungkin akan lebih murah, tetapi rasanya still berbaloi beli sekarang. Jika dibandingkan dengan harga asal pada tahun ternyata 2001 amat jauh berbeza.

Kijang Emas boleh dianggap satu kejayaan negara. Dilancarkan pada bulan Julai tahun 2001, Malaysia menjadi negara ke 12 melancarkan syilling emas rasmi sendiri.

Bayangkan harga ketika dilancarkan ialah RM 1082 satu ounce. Selepas tidak sampai 10 tahun sudah menjadi RM 4419 iaitu kenaikan sebanyak 308 % !!! Bermakna purata setahun kenaikan lebih 30 %. Sama-sama kita fikirkan.

Di Malaysia, Kijang Emas dijual di Maybank cawangan-cawangan tertentu antaranya Menara Maybank, Bangsar Baru, Petaling Jaya dan pejabat cawangan utama di setiap negeri.