Saturday, January 15, 2011

Pajakan Ar-Rahnu

Pajakan Ar-rahnu ialah sistem pajakan islam yang besifat tidak menindas dan bebas daripada riba tidak seperti sistem pajakan konvensional yang mengenakan interest ke atas jumlah pinjaman yang diberikan.


Sistem ar-rahnu hanya mengenakan kadar upah simpanan emas yang dipegang oleh syarikat ar-rahnu tersebut. Biasanya 0.75% sebulan daripada nilai semasa emas yang disimpan. Emas yang disimpan dinsurankan jadi penyimpan tidak perlu risau tentang keselamatan emas yang dipegang oleh syarikat ar-rahnu.
Untuk emas Public Gold, syarikat ar-rahnu yang menerima tanpa sebarang masalah ialah Agro Bank di cawangan tertentu. Ia amat baik kepada pemilik emas Public Gold jika ingin menggunakan duit tetapi sayang untuk menjual emas berkenaan kerana masih mahu menunggu harga naik. Agro Bank menetapkan tempoh simpanan ialah 6 bulan, 12 bulan dan 18 bulan. Emas boleh ditebus pada bila-bila masa dan kos penyimpanan hanya dikenakan sehingga tarikh emas ditebus.

No comments:

Post a Comment