Tuesday, January 25, 2011

Harga emas terkini

Harga emas betul-betul jatuh sekarang. Harga terkini USD 1329 seounce paling rendah sejak 3 bulan lalu. Harga Kijang Emas turun. Begitu juga emas  dan perak Public Gold. Ada orang kata ia akan terus jatuh. Ada yang kata harga emas mengalami sedikit pembetulan dan akan naik pada bila-bila masa. Hanya Allah sahaja mengetahui. Pakar ekonomi mana pun tidak dapat meneka trend harga selepas ini dengan betul. Semua boleh beri pendapat - kadangkala betul kadangkala salah.


Tapi yang pasti, kita kena buat sendiri kajian untuk diri kita bila mana masa yang sesuai untuk kita beli, bila untuk jual. Pastinya sekarang masanya tidak sesuai untuk menjual. Kerana itu kita boleh tengok pada waktu ini kurang sedikit aktiviti menjual emas yang ada pada pegangan penyimpan emas. Kebanyakannya sedang menunggu hingga harga naik sedikit untuk menjana keuntungan. Hakikatnya, sekarang nilah masa untuk membeli dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga purata yang dijangka untuk tahun 2011.


Tapi satu perkara kita kena ambil pengajaran daripada trend harga semasa ini, jangan terburu-buru membeli emas kerana harganya bila-bila masa boleh naik, bila-bila masa boleh turun. Kena tunggu dan kaji trendnya.

Untuk status pada waktu ini apa yang berlaku ialah ramai juga penyimpan emas jangka masa sederhana menjual emas secara berterusan kerana keadaan ekonomi dunia secara keseluruhannya agak stabil dan tiada petunjuk kebimbangan buat masa ini. Ini menyebabkan harga emas sukar naik.


Tapi, tiada siapa tahu apa yang berlaku selepas ini. Sama-sama kita tengok, selawat, membuat kajian secara berterusan dan buat keputusan terbaik untuk diri sendiri. Seperti yang kita biasa dengar dari pakar-pakar emas (bukan saya), emas bukan pelaburan jangka pendek tetapi pelaburan jangka sederhana dan panjang. i.e. paling kurang setahun ke atas. The longer the better. Tidak perlu risau.


p/s : Saya nak tunggu esok harga kijang emas macam mana. Kalau rendah betul, apa lagi...

No comments:

Post a Comment