Saturday, January 15, 2011

Penyimpanan emas di Malaysia

Emas boleh disimpan melalui banyak sumber. Yang biasa kita dengar ialah pembelian barang kemas di kedai-kedai emas. Hal ini tidak perlu diterangkan terutama kepada kaum wanita.

Bagi lelaki, diharamkan memakai barang kemas. Jadi emas yang boleh disimpan ialah berbentuk jongkong (bar) atau syiling (coin).

Di Malaysia ada beberapa jenis emas yang boleh dibeli :-

1.   Public Gold   (rujuk http://www.publicgold.com.my/)



2.   Kijang emas (rujuk http://www.maybank2u.com/ atau http://www.bnm.gov.my/)



3.  UOB Gold (rujuk http://www1.uob.com.my/)



4.  Pamp Suisse (rujuk http://www.gcp.com.my/)



Kesemuanya boleh belaka. Cuma apabila ingin membeli emas, antara faktor yang paling penting untuk diambil-kira ialah nilai beza-harga (spread) iaitu perbezaan harga jual dan harga beli. Spread yang rendah adalah paling menguntungkan. Spread di kedai emas agak tinggi biasanya sekitar 20%. Spread untuk Public Gold, Kijang Emas dan UOB Gold amat rendah dan baik untuk pelaburan. Spread untuk emas pamp suisse di GCP adalah rendah jika anda menjadi pengedar.

No comments:

Post a Comment