Monday, January 17, 2011

Syiling Emas

Di samping Kijang Emas, ada dua lagi jenis syiling emas yang saya pernah lihat dan ada dijual di Malaysia ni iaitu Australian Nugget dan Canadian Mapple. Dua-dua jenis seberat 1 ounce. Ia dijual oleh sebuah bank XYZ (tak boleh nyatakan).

Komen saya kedua-dua syiling berkenaan sangat cantik dan antara yang termurah di negara ini. Malah, tidak seperti Kijang Emas, ia dijual 'brand new' bukan second hand. Syiling Australian Nugget diletakkan di dalam bekas bulat sama macam Dinar Public Gold dan boleh dibuka. Siling Canadian Maple diletakkan di dalam bekas plastik lembut yang disealkan. Tidak boleh dibuka. i.e. tak boleh pajak.

Nilai spread amat rendah kira-kira 4-5 %. Cuma nak membelinya amat susah kerana hanya satu cawangan Bank XYZ yang ada jual syiling ni. Sijil diberi dan tidak boleh hilang. Kena jaga baik-baik. Tiada sijil dari certified assayer. Hanya sijil bukti pembelian.

Berhati-hati jangan dicalarkan terutama Canadian Maple yang menurut Wikipedia agak sensitif terhadap kesan hentakan kuat.

No comments:

Post a Comment