Monday, July 9, 2012

Harga Emas masih rendah USD 1587 - hampir sama dengan tahun lepas

Harga emas masih rendah. Jika dibandingkan dengan harga setahun lepas, hanya meningkat sekitar 2.8 % sahaja. Jangan terperanjat, jika ia kekal begini, sekitar bulan Ogos nanti, kenaikan harga tahunan boleh jadi negatif. Dengan kata lain, harga tahun ini lebih rendah dari tahun lepas.

Perkara ini jarang terjadi. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27 % - 30 %. Kini, mungkin akan jadi negatif. Kesimpulannya tiada siapa boleh meneka bila harga emas akan naik, bila akan turun. Walaupun orang itu dikatakan pakar emas sekalipun. Hanya Allah SWT mengetahui.

Kerja kita, bila harga rendah-beli, bila dapat untung boleh jual atau boleh terus simpan. Pada pendapat saya harga sekarang masih rendah dan masih boleh beli. Nanti bila sudah dapat keuntungan sekitar 10 % dalam masa terdekat, boleh jual. Contohnya jika kita beli 10 dinar emas sekarang RM 7000, bila harga jual menjadi RM 7700, boleh jual. Dapatlah keuntungan RM 700. Banyak tu.

Bagi yang ada simpan emas, jika nak gunakan duit tetapi harga emas sedang rendah, boleh dipajakkan ke Public Gold (PSP) atau dengar cerita Pos Malaysia pun dah ada sistem ar-Rahnu. Bila dah ada duit nanti , tebus balik.


Tuesday, May 8, 2012

Harga Emas Jatuh Lagi USD 1626 - Elok Beli !

Harga Emas jatuh kembali . Agak teruk juga. Ditambah dengan faktor Ringgit lebih kukuh berbanding US Dollar. Kebaikannya - bagi mereka yang memang merancang nak beli emas, waktu ni paling sesuai. Saya tidak pernah jumpa harga kenaikan tahunan cuma 8.72 % !!! Sangat rendah. Biasanya kenaikan tahunan sekitar 27-30%. Jika ada yang dapat beli waktu ni, bila kenaikan tahunan jadi 30%, ke atas pasti boleh jual dan dapat keuntungan yang besar.

Ada juga yang baru dapat bonus beli barang kemas atau jongkong. Ini satu tindakan bijak.



Wednesday, April 4, 2012

Harga Sedang Durian Runtuh Sekarang USD 1623

Harga sedang turun dengan mendadak sekali. Bagi yang memang berhajat nak membeli emas dan ada duit lebih, dirasakan inilah waktu paling sesuai sekali. Harga mungkin turun lagi. Ada yang menjangka kemungkinan di bawah USD 1600 tetapi bagi saya harga sekarang pun sudah cukup rendah. Cuba lihat table Public Gold dan Kitco di bawah :


Kenaikan tahunan cuma 13 %. Sangat rendah. Biasanya kenaikan tahunan ialah sekitar 27% - 30 %. Bagi yang layman2 macam kita ni, kalau nak tahu bila masa yang sesuai beli emas bolehlah tengok table kitco di atas. Jika kenaikan melebihi 30% setahun, elok menjual emas. Jika kenaikan kurang 20% setahun, elok membeli. Kalau duit belum cukup banyak, boleh membeli secara EPP (easy payment plan) iaitu bayar ansuran selama 4 bulan. Selepas 4 bulan silap2 harga naik balik sudah boleh jual dan jana keuntungan.

Jadi tunggu apa lagi !

Wednesday, March 28, 2012

Dinar Emas Public Gold Mempunyai Spread Yang Rendah

Tahukah pembaca semua, dinar emas yang dijual oleh Public Gold mempunya nilai spread (beza harga beli dan jual balik) yang amat rendah. Ramai pembeli baru emas bertanya saya, apakah kriteria terpenting untuk menyimpan dan melabur emas di Malaysia. Yang saya boleh katakan ialah, antara yang paling penting ialah kadar spread yang rendah serta kedudukan syarikat penjual emas yang stabil.

Cuba kita lihat kadar spread dinar emas Public Gold :

1 Dinar : 5.92 %
2 Dinar : 5.99 %
5 Dinar : 5.51 %
10 Dinar : 4.99 %

Jika anda seorang dealer Public Gold pula, spreadnya menjadi lebih rendah (untuk Priority Dealer tolak lagi 1.5%, untuk normal dealer 1.0%).

Contoh : Seorang priority dealer akan dapat komisen 1% bila beli emas dan bila jual balik akan dapat komisen 0.5%. Jumlahnya 1.5%. Jadi jika dia beli dinar emas 10 Dinar contohnya, jumlah spread diperolehi ialah kira-kira 4.99-1.5 = 3.49%. Sangat Rendah !!

Bagi mereka yang ingin dapat keuntungan jangka pendek dari pelaburan emas caranya ialah dengan membeli ketika harga murah dan jual ketika harga tinggi. Selamat membeli emas !!