Perak atau
argentum (daripada
bahasa Latin Argentum) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol
Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis
logam peralihan.
Pengaliran elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala pengaliran haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (
elektrum) atau dalam banyak jenis
mineral (sebagai contoh
argentit dan
klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan
tembaga,
emas,
plumbum dan
zink.


Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga (precious metal). Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam
pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam
filem fotografi. Larutan cair
argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyah-jangkit.
[sumber : wikipedia]
Nota : Oleh kerana Rasulullah SAW menyuruh kita menyimpan dinar (emas) dan dirham (perak), eloklah kita amalkan juga menyimpan perak. Public Gold ada menjual jongkong perak. Tetapi beza-harga (spread) agak tinggi. Mungkin Pengurusan PG boleh turunkan spread untuk menggalakkan orang ramai menyimpan perak.
No comments:
Post a Comment