Friday, January 21, 2011

Emas turun

Harga emas turun kembali. Harga emas dunia sekitar USD 1347 se-ounce manakala harga emas PG ialah RM 3053 untuk jongkong 20g jauh lebih murah daripada harga ketika saya beli pada bulan November 2010 iaitu RM 3095. Harga Kijang emas juga amat rendah di iaitu RM 4385 cuma tak sempat beli kerana saya sekarang di apartment saya di Tiara Beach Resort, PD.


Seperti dijangka, sebelum Tahun Baru Cina harga akan turun cuma tidak pasti berapa rendah. Kebaikannya bila emas turun ialah jika ada wang, waktu nilah kita nak tambah koleksi emas. Atau jika tiada wang tetapi ingin menambah koleksi, boleh juga memajak emas di simpanan sedia ada dan gunakan duit tersebut untuk membeli emas di harga yang lebih murah. Tapi jangan lupa lepas 6 bulan, 12 bulan atau 18 bulan kena ada wang untuk menebusnya. Orang lama-lama di dalam emas beri nasihat, di hujung tarikh pajakan kena jual emas yang ada pada simpanan kita untuk menebus emas yang kita pajak. Hopefully pada waktu itu harga sudah naik dan keuntungan hasil jualan jauh melebihi upah simpan yang dikenakan oleh Agro Bank.


Alhamdulillah sempat juga lock emas Public Gold tadi melaui SMS kepada Katrina di waktu harga tengah murah. Lock harga secara SMS ni lebih cepat berbanding melalui website. Mungkin kerana Katrina ni effisyen orangnya.

No comments:

Post a Comment