Setelah mengkaji dan berbincang dengan rakan, barulah saya perasan, Kijang Emas ditetapkan biasanya setiap pagi hari bekerja (9 - 10 pagi) pada harga spot gold (harga terakhir pada waktu itu) dan convert daripada USD ke RM. Kemudian tambah sedikit keuntungan yang saya kira sekitar 6%.
Seperti kata Encik Syukor kita, harga emas di Malaysia ini tidak tertakluk pada mana-mana kawalan. Terpulang pada penjual menokok sedikit keuntungan berbanding harga spot gold.
Harga emas Public Gold pula bertukar setiap 20 minit selaras dengan pertukaran harga emas antarabangsa. Ini memberi peluang kepada pembeli menempah emas ketika harga rendah dan jika ingin ambil keuntungan menjual sewaktu harga naik.
No comments:
Post a Comment