Syarikat Public Gold mengeluarkan produk baru iaitu emas jongkong 10 gram. Separuh daripada saiz terkecil sebelum ini iaitu 20 gram. Saya berpendapat ini tanda-tanda harga emas semakin meningkat. Ia memberi peluang kepada lebih ramai orang membeli jongkong emas kerana harga jongkong yang lebih murah tetapi dengan saiz yang lebih kecil.
Analisis yang boleh dibuat ialah, harga segram untuk jongkong 10 g lebih mahal sedikit daripada jongkong 20g. Harga semasa untuk jongkong 10 gram ialah RM 170.60/gram manakala harga untuk jongkong 20g ialah RM 169/gram.
Cuma satu beza yang amat ketara ialah spread (beza harga Sell dan Buy). Spread untuk jongkong 10 gram agak besar iaitu 8% manakala untuk jongkong 20 gram hanyalah 6 %.
Pendapat saya : Beli jongkong 20 gram lebih menguntungkan tetapi jika budget lebih kecil, boleh beli jongkong 10 gram. Jika nak menjual kembali jongkong 10 gram satu masa nanti, lebih baik jual pada orang berbanding jual balik pada Public Gold kerana spreadnya tinggi.
Saya jangkakan, jongkong 10 gram akan menjadi popular di masa akan datang kerana harganya yang lebih rendah dan mudah untuk menjualnya kepada pembeli baru.
Bayangkan 10 tahun akan datang, bila harga emas sudah terlalu mahal, mungkin kebanyakan orang hanya mampu beli emas 2 atau 5 gram sahaja (atau mungkin perak). Pada waktu itu beruntunglah bagi mereka yang sudah menyimpan emas dari sekarang kerana membeli dengan harga sekarang masih rendah berbanding 10 tahun akan datang.
Secara purata, kenaikan emas adalah kira-kira 30 % setahun. Bermakna lagi 10 tahun harga emas mungkin akan naik 300 %. Jika seseorang memiliki emas sebanyak RM 20k pada waktu ini, lagi 10 tahun nilainya mungkin akan menjadi RM 80,000 !!
No comments:
Post a Comment