Bagi pembeli yang baru nak beli emas atau perak atau penyimpan sedia ada yang nak menambah koleksi, waktu inilah dirasakan sesuai untuk membeli emas atau perak kerana harganya yang jatuh begitu rendah sekali berbanding minggu lepas.
Bagi yang dah membeli dengan harga tinggi sebelum ni, jangan risau. Harga tetap akan naik, insya Allah. Cuma waktu ni sebenarnya adalah peluang untuk membeli. Nanti kita akan tengok selepas ini harga akan naik kembali dan susah dapat peluang membeli pada harga seperti ini. Adat emas dan perak, jika ramai orang membeli, harga akan naik balik kerana seperti dinyatakan dalam tulisan saya sebelum ni, harga emas dan perak di Malaysia bergantung kepada dua faktor iaitu naik-turun nilai US dollar dan jumlah jual-beli emas dan perak di pasaran dunia.
Untuk dealer, baguslah pada waktu ni kerana banyak dapat jualan. Cuma Public Gold sekarang telah menetapkan peraturan yang lebih ketat iaitu, tempoh bayaran untuk tempahan dipendekkan kepada 24 jam. Jika dalam masa 4 hari tak dijelaskan, akaun akan digantung. Agak sukar juga untuk dealer kerana jika pembeli yang lambat menjelaskan bayaran, dealer yang akan kena blacklist. Apa nak buat. Mungkin pihak pengurusan Public Gold boleh kaji balik isu ini.
No comments:
Post a Comment