Sunday, July 10, 2011

Emas Naik Kembali

Akhirnya setelah sekian lama menyepi, harga emas naik kembali. Sila lihat Jadual Kitco di bawah.


Saya suka melihat prestasi emas berdasarkan kenaikan harian, bulanan dan tahunan. Berdasarkan jadual di atas, semua kenaikan tersebut adalah positif berbanding beberapa minggu lalu, kenaikan bulanan sentiasa negatif. Kenaikan tahunan juga menyamai kenaikan purata iaitu sekitar 27 %. Ini petanda baik.

Kenaikan kali ini menurut penganalisis disebabkan hutang negara-negara Euro dan data ekonomi US yang tidak memberangsangkan.

Kesimpulannya, sesuai menjual emas pada waktu ini dan kalau nak beli emas mungkin boleh tunggu petanda-petanda baru selepas ini.

No comments:

Post a Comment