Tuesday, December 27, 2011

Public Gold juga ada sistem Pajakan dipanggil PSP

Sejak beberapa bulan lalu, penyimpan emas dikejutkan dengan berita Agro Bank tidak lagi menerima pajakan ar-Rahnu untuk gold bar / coin. Ini agak menyukarkan sesetengah penyimpan yang ingin memakai wang jika berlaku sesuatu keperluan mendesak.




Bagaimanapun, baru-baru ini Public Gold telah memperkenalkan sistem yang lebih kurang sama dengan sistem ar-Rahnu Agro Bank. Sistemnya dipanggil Public Safe Program (PSP). Kadar upahnya seperti berikut :-

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 14.77% setahun.

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.

No comments:

Post a Comment