Monday, March 21, 2011

Doakan Situasi Di Libya

Di tengah kesibukan kita, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT membantu saudara-saudara kita di Libya yang sedang mengalami kesukaran. Walau apa pun, saya amat-amat tidak bersetuju dengan tindakan tentera bersekutu mencabuli kedaulatan negara Libya dengan sesuka hati mengebom negara berkenaan. Atas dasar apa mereka berbuat begitu. Walau bagaimana benci sekalipun dengan tindakan Presiden Gadafi, bagi saya mereka tiada hak untuk berbuat begitu dan kedaulatan negara Libya tidak boleh dicemar sebegitu rupa. Bayangkan sekiranya negara Amerika, UK atau Perancis dibom oleh negara lain, apa perasaan mereka. Kita mesti mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera bersekutu berkenaan. Semoga Allah SWT menggagalkan rancangan jahat tersebut dan membantu saudara-saudara seislam kita. Ameen.

No comments:

Post a Comment