Friday, March 18, 2011

Harga Emas Naik Kembali Sebanyak USD 10

Seperti dijangka harga emas naik kembali melebihi USD 1400 dalam masa singkat disebabkan belian secara besar-besaran oleh pelabur selepas berlaku penurunan mengejut tempoh hari. Seperti dinyatakan dalam posting saya sebelum ini, pelabur dijangka mengambil kesempatan dengan harga yang rendah untuk menambah pelaburan mereka. Pembelian juga disebabkan kebimbangan pelabur selepas tindakan Majlis Keselamatan PBB mengenakan ketetapan 'No Fly Zone' ke atas Libya. Memang benar menyimpan emas adalah sesuatu yang menguntungkan. Jangan lupa bayar zakat pula ye...





No comments:

Post a Comment