Thursday, April 28, 2011

Bagaimana nak menjual emas ?

Semalam baru saya terfikir, tentu ramai bakal pembeli atau penyimpan emas dan perak nak mengetahui, macammana nak jual emas kita bila tiba masanya.

Untuk emas atau perak Public Gold, ada 2 cara :-

1) Jual balik dengan Public Gold - harga murah sikit pasal untuk emas tolak spread (beza harga) sebanyak 6 % manakala untuk perak spread nya ialah 15%. Boleh juga beri pada mana-mana agen PG yang akan tolong bawa emas/perak tu ke pejabat Public Gold terdekat. Wang hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan agen, sehari selepas penyerahan emas/perak.

2) Jual kepada mana-mana pembeli yang berminat. Paling mudah, iklankan dalam Facebook Public Gold. Cara ini mungkin dapat harga lebih tinggi sedikit. Tapi ingat jangan jual mahal sangat, nanti orang tak nak beli. Biasanya jual pada harga lebih tinggi sedikit daripada Harga 'We Buy' Public Gold.

Untuk emas Kijang Emas, senang je. Jual pada mana-mana kaunter maybank yang ada menjual Kijang Emas. Terus akan dapat duit tunai. Harga adalah kurang 4% dari nilai semasa emas tersebut.

No comments:

Post a Comment