Thursday, April 14, 2011

Harga Perak Naik Lagi USD 42

Harga Perak naik lagi. Tak tahu bila nak turun untuk kita membeli. Hari tu saya jual jongkong perak saya, mudah betul dapat pembeli dalam masa 1 jam. Marilah kita membeli dan menyimpan perak juga. Bagi yang tiada modal besar, boleh bermula dengan Dirham Kelantan. Harga 1 dirham baru RM 27 sekarang ni. Kawan saya kata bila-bila masa boleh naik. Dulu waktu beliau mula membeli pada Oktober 2010, harga 1 dirham baru RM 18. Kalau tunggu tahun depan rasanya, harga boleh mencecah RM 50 !!!


Macam kata admin blog penglipuremas.blogspot.com, beliau sudah mula menukar wang fiat (wang kertas) beliau sedikit demi sedikit kepada dinar dan dirham. Sedang wang fiat semakin susut nilainya, emas dan perak semakin naik. Mungkin akan berlaku pembetulan (penurunan sementara). tetapi waktu itulah kita membeli. Tetapi tiada jaminan bila akan turun lagi. Senang cakap, jika ada orang offer nak jual emas dan perak dengan harga yang lebih rendah sedikit daripada harga pasaran, beli saja jika kita mampu. Itu Best Buy namanya. Iaitu mebeli pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. Nak cari penjual senang je. Layari facebook Public Gold. Ramai penjual mengiklankan produk di laman tersebut.

Bagi yang nak membeli Dirham Kelantan boleh layari website Islamic Mint. Jumpa lagi !

No comments:

Post a Comment