Sunday, August 7, 2011

Harga emas naik melonjak lagi ke USD 1696 !!!

Harga emas naik dengan begitu drastik sekali. Posting saya sebelum ni ia naik ke USD 1613. Sekarang USD 1696 !!! Kenaikan kali ini disebabkan sentimen awal pasaran saham yang tidak baik ekoran penurunan US credit rating pada Jumaat lepas dan pengumuman Kesatuan Eropah bahwa krisis hutang mereka semakin serius.


Pendapat saya, waktu ni tidak sesuai membeli kecuali jika beli dari tangan orang dengan harga 'we buy' yang lebih rendah. Paling elok ialah terus menyimpan atau jika ingin pakai duit, elok juga jika menjual ketika ini.

Cuba kita tengok jadual di atas. Kenaikan bulanan sahaja sebanyak USD 154 dollar iaitu 9.97 % !!! Ini amat tinggi. Lebih RM 300 sebulan untuk setiap auns. Kenaikan tahunan jangan cerita : USD 492 atau 40.85 %.!!! Ini melebihi purata kenaikan tahunan sekitar 25-30 % setahun.

Bila waktu sesuai membeli emas ? Saya selalu cadangkan, jika kenaikan bulanan di jadual di atas negatif, dan jika kenaikan tahunan di bawah paras 20%, waktu tu sesuai membeli emas. Itu teori saya.

Jadi, kepada yang ada duit lebih, jangan rasa rugi membeli dan menyimpan emas kerana ia amat menguntungkan. Saya rasa bila2 masa ia boleh naik melebihi USD 1700. Kita tunggu nanti.

Kalau nak tanya pendapat saya, membeli emas Kijang Emas di Maybank dan Public Gold amat menguntungkan berdasarkan pengalaman saya. Cuma mungkin kita boleh tunggu harga turun sedikit selepas ini untuk membeli. Atau jika ada yang nak menjual dengan harga yang murah, apa lagi, sambar je....





No comments:

Post a Comment